” Suka gambar ni, cantik sejak kecil Uyaina ni.. ” – Netizen

Sempena Hari Ulangtahunnya Yang Ke 30, Uyaina Arshad Kongsi Gambar Thr0wback Ketika Zaman Kanak-Kanak. Alahai Comel Sangat Gambar Mama Urhan Pakai Baju Sekolah. Sejak Kecil Lagi Dah Cantik !!

Hari ini tanggal 16 November 2022, genaplah usia pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang ke 30 tahun. Tahun ini pastinya lebih bermakna untuk Uyaina kerana disambut bersama suami dan anak sulung mereka.

Meninjau akaun Instagram Uyaina Arshad, telah dikongsikan sekeping gambar thr0wback yang memaparkan wajah Uyaina ketika zaman kanak-kanaknya. Tak jauh berbeza wajah Uyaina ketika kecil dan wajahnya sekarang.

Ketika di fasa kanak-kanak lagi sudah comel, sudah meningkat dewasa Uyaina kelihatan semakin cantik. Ungkap Uyaina dalam nada bergurau di kapsyennya memberitahu hari ini adalah hari ulangtahunnya yang ke 24 tahun (buat kali ke 7) .

Meminta peminat mengira sendiri usianya, Uyaina juga mengharapkan agar peminat mendoakan segala yang baik untuk dirinya. Polos sahaja wajah Uyaina ketika kecil, sekilas pandang ada rupa si comel Urhan lah.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Uyaina ini dibanjiri dengan ucapan selamat hari lahir daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan :

” Happy Birthday mama urhan. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dah sentiasa dalam rahmat Allah selalu.. “

” Happy birthday uyaina.. semoga sentiasa kuat dalam apa jua ujian yang mendatang.. stay beautiful as u are uyaina.. hugss.. “

” Happy birthday yg 30 kakakk. Comel je, Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.. “

” Happy birthday Uyaina cantik. Semoga dipermudahkan segala urusan dan bahagia bersama family tersayang.. “

” Suka gambar ni, cantik sejak kecil Uyaina ni.. Happy Birthday Uyaina. semoga sentiasa di dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah… Aamiin Allahumma Aamiin.. “

” Comelnya sis masa budak-budak, ayu je eh muka tu. Ada iras wajah Urhan lah sis. Sekarang jelita kau memang the boom. Happy birthday Uyaina.. “

” Happy birthday kesayangan Uyaina.. semoga bahagia, sehat, murah rezeki .. jadi mama dan istri yang sholehah.. “

Kami di Berita Kopak juga mengambil peluang untuk mengucapkan selamat hari lahir untuk Uyaina. Semoga bertambahnya usia, Uyaina dikurniakan kebahagiaan, dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Uyaina Arshad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..