” Mat Dan punya berleter tu tak tahan. Hahaha.. “

Video Mat Dan Membebel Apabila Isterinya Tersalah Arah Membawa Motorsikal Riadah Di Atas Jalan Raya Menghiburkan Netizen. Pergh, Punyalah Laju Macam Meremp1t Je !!

Karief Daniel Abdullah merupakan personaliti televisyen yang berasal dari England. Beliau lebih dikenali dengan nama Mat Dan telah memeluk agama Islam beberapa tahun yang lalu. Mat Dan merupakan seorang pemgembara solo sejak dari remaja lagi.

Beliau telah mengembara ke seluruh dunia sejak berusia 19 tahun lagi. Namun hatinya tertarik dengan negara Malaysia kerana keindahan Pulau Kapas dan beliau terus menetap di pulau itu dari tahun 2009 hingga hari ini. Mat Dan juga fasih bercakap loghat Terengganu dan begitu meminati makanan Malaysia termasuk budu.

Mat Dan telah memilih seorang wanita berasal dari Terengganu sebagai teman hidupnya. Isterinya bernama Nadifa Adnan yang dikahwininya pada 12 Mac 2017. Mereka telah dikurniakan seorang  cahaya mata iaitu Zayne. Mat Dan popular menerusi rancangan Mat Dan Kaki Jalan.

Menerusi akaun Instagram, Mat Dan berkongsi videonya bersama keluarga sedang beriadah pada waktu malam di Kuala Terengganu. Mat Dan bersama isteri dan anak menaiki motor yang digunakan untuk mengelilingi kawasan tempat rekreasi namun isterinya membawa mengikut jalan raya utama kerana mengikut kakaknya yang menaiki motor yang lain dari belakang.

Tonton video di bawah ;

Kakak ipar salah jalan naik atas jalan raya… Night time activities with the family at Kuala Terengganu…. “

Rata-rata netizen terhibur melihat Mat Dan bercakap loghat Terengganu. Antara komen-komen mereka :

” Kahkah lawak molek nieehh.. “

” Guane wrong way.. “

” Jaddi nguh mat dan.. Klako molek,.. “

” Mat dan dh mcm bukan org putih dh, slang ganu dia pekat oi hahhahah.. “

” Hahahahahahaaaha. Mat Dan punya berleter tu tak tahann.. “

” Riuh damak mat dan naik basikal .. mcm org hulu trn bandor … slah jalan nakuk apah.. “

” Sedak bunyi matdan kcek ganu.. “

” Tgk bnyok kali.. ni wrong way.. “

Adoi, kelakar melihat video ini. Boleh tahan juga dengar Mat Dan membebel apabila isterinya membawa motor tersebut di atas jalan raya. Bukan main laju lagi tu. Semoga hubungan Mat Dan dan isteri berbahagia hingga ke jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mat Dan by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..