” Dia dok perhati gaunnya pusing-pusing.. “

Video Aafiyah Menari Menjadi Perhatian Tetamu Yang Hadir Ketika Sambutan Hari Lahir Ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Alahai, Comelnya Dia !!

Setiap hari ada sahaja video Siti Aafiyah dikongsikan di media sosial. Kebanyakan video-video Aafiyah pasti menarik perhatian netizan. Popularitinya sudah seperti seorang selebriti. Aafiyah merupakan anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza.

Kecomelan Aafiyah yang mirip seperti ibunya sering menjadi bualan netizen. Walaupun Aafiyah tidak mempunyai akaun media sosialnya sendiri namun video dan gambarnya sering dikongsi oleh Dato’ Siti dan akaun-akaun peminat Dato’ Siti dan Aafiyah.

Aafiyah kini sudah pun berusia hampir 2 tahun. Kehadiran Aafiyah menceriakan kehidupan Dato’ Siti dan suaminya. Baru-baru ini, Dato’ Siti telah menyambut hari lahirnya yang ke 41 tahun pada 11 Januari lepas. Kelibat Aafiyah di majlis hari lahir ibunya menjadi perhatian peminat.

Menerusi akaun Instagram, video Aafiyah ketika di majlis sambutan hari lahir ibunya, Dato’ Siti telah dikongsikan. Aafiyah begitu comel memakai gaun kembang menjadi perhatian ramai tetamu yang hadir. Ramai yang merekod video gelagatnya dan mengambil gambarnya.

Tonton video di bawah :

” Aafiyah yg sentiasa jd perhatian.. “

View this post on Instagram

Aafiyah yg sentiasa jd perhatian 💖💖💖 #HappyBirthdaySitiNurhaliza #ct41 … 📹 igs @ctdk • • 11-21 Januari 2020, 11 HARI ISTIMEWA SEMPENA BIRTHDAY Dato Siti Nurhaliza @ctdk , Promosi diskaun sehingga 25% barangan SIMPLYSITI .. pembelian lbh RM100, akan dpt free Exclusive Scaft/ Tudung … • • ✨ Sesiapa nk order produk SIMPLYSITI sempena birthday DCT @ctdk , sila whatsapp 0192195015.. ✨ #SayaJualSimplySiti #SayaJualBeausiti #SayaAhliElitSimplySiti #SSE00040 cc @officialsimplysiti_elit • • #SIMPLYSITI #ForTheBeautyInYou #SelaraskanCantikmu #BEAUSITI #BeauSitiBySIMPLYSITI #BeautEssence #SolusiKecantikanHolistik #beausitimelengkapimu #aafiyahanakibu #ibuaafiyah #ctdk #sitinurhaliza #ctnurhaliza #datositinurhaliza #DatoSriSitiNurhaliza #DatoSeriSitiNurhaliza @officialsimplysiti_elit @tupperware_ctaini @ctaini77 #sitizoner #sitizoners #SimplysitiProdukHalal #PosSeluruhMalaysia

A post shared by Ct Aini (@ctaini77) on

Rata-rata netizen ger4m melihat kecomelan Aafiyah. Antara komen-komen mereka :

” Yaa Allah Aafiyaah. . . . Sooo cute ger4aaam mcm nk peluuuuk jew.. “

” Lucu nye afiah ni..kn.. “

” Comelnya Siti Afiyah, .. “

Dato K senyum aje.. “

” Pandai AAfiyah ya semoga tambah besar tambah pintar.. “

” Dia dok perati gaunnya pusing²…. “

Alahai, comelnya Aafiyah seperti ibunya. Bak kata pepatah ‘Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’. Bila tahu tetamu yang hadir mengambil gambarnya bukan main lagi dia berposing. Semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza, Ctaini by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..