” Nice stunt Hairul Azreen. Hahaha.. “

Video Alisa Aisyah Anak Hairul Azreen Berlatih Bangun Berdiri Menghiburkan, Namun Tindakan Hairul Menjaga Alisa Buat Netizen Gel1 Hati. Amboi Dah Macam Cerita Wira Ni !!!

Siapa tidak kenal bintang filem Paskal ini. Hairul Azreen bukan lagi nama biasa di dalam dunia hiburan. Berjaya mencipta fenomena menerusi lakonannya di dalam filem Paskal dan Wira, nama Hairul semakin hari semakin mendapat tempat di hati peminat.

Umum mengetahui Hairul memilih untuk mendirikan rumahtangga bersama aktress dan blogger jelita, Hanis Zalikha. Hanis yang merupakan sahabat lamanya itu juga tidak menyangka bahawa mereka boleh sampai ke jinjang pelamin.

Perkahwinan bahagia ini dikurniakan dua orang cahayamata bernama Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Alisa yang kini sudahpun berusia 7 bulan menjadi kegil4an kerana wajah comelnya yang seakan-akan anak patung itu. Sentiasa tersenyum dan membuat mimik muka yang comel membuatkan Alisa sentiasa menjadi perhatian warganet.

Menerusi akaun Instagram Alisa Aisyah, telah dikongsikan satu video di mana kelihatan Alisa sedang berlatih untuk bangun berdiri bersama ayahnya Hairul Azreen. Melucukan bila Alisa cuba melepaskan tangannya ketika berdiri hinggakan Hairul seakan-akan terbang untuk menyambutnya. Comel je gelagat anak beranak ni.

Jom tonton video di bawah :

” Alisa’s milestone and a blo0per video.. ” 

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi anak dan ayah ini. Antara komen-komen netizen :

” Dia lepas tangan macam dah boleh belari.. “

” Sampai terbang daddy dia dibuatnya.. “

” Tak heran yang lepas tangan tu. Budak memang selalu camtu. Dia nak explore dengan rasa yakin. Kagum tang bapak dia sambut sampai bapak dia telentang tu.. “

” Confident tu penting.. “

” Nice stunt Hairul Azreen.. Hahahaha.. “

” Power ah ayah dia terbang hahahahahaha.. “

” Stuntman ader standby.. “

Pantas betul tindakan Hairul ni. Sepantas kilat sampai terbang melayang nak sambut puteri kesayangan tu dari jat0h. Simpt0m ayah-ayah mungkin macam ini berbeza dengan simpt0m mak-mak confirm bergema dengan jer1tan. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Alisa membesar dengan sihat dan sentiasa dibawah lindunganNya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alisa Aisyah, Hairul Azreen by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..