” Manis sungguh Ayash, automatik teringat senyuman Sarah. Sama sangat.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Shuib Sepahtu, Ayash Affan Yang Tersenyum Lebar Buat Ramai Yang Cair. Alahai Manisnya Senyuman Ayash, Macam Ibu Lah Ayash !!

Hari demi hari, anak bongsu pen1nggalan arw4h Siti Sarah Raissuddin iaitu Ayash Affan semakin membesar dengan sihat. Oleh kerana kekangan waktu yang dihadapi oleh Shuib, Ayash diletakkan di bawah jagaan mama Shuib, Salamiah Jalani.

Saban hari, pasti ada video mahupun gambar Ayash yang dimuatnaik oleh nenek Ayash ini. Meninjau akaun Instagram Amy Salmi, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Ayash. Kata mama Salmi, Ayash baru sahaja selesai makan.

Dengan wajah yang tersenyum lebar, tentu si kecil ini suka hati kerana perutnya sudah kenyang terisi. Melihat senyuman Ayash itu, ada yang membayangkan senyuman arw4h Sarah yang kelihatan sama seperti Ayash.

Semakin besar semakin comel si Ayash Affan ini. Tambahan lagi wajah Ayash begitu mirip dengan wajah abang sulungnya, Uwais Alqarni ketika bayi dahulu. Muka Uwais pula dikatakn c0py paste arw4h ibunya, Ayash juga tentu terlihat sama nanti.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh mama Salmi ini telahpun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen mereka :

” Manis senyum tu, Alhamdulillah. Kenyang perut Ayash suka hati. Terima kasih Nenek sbb jaga dan syg Ayash.. “

” Alhamdullillah Ayash Comel.. Moga ceria sntsa bersama Nenek dn terima kasih Nenek jaga Asyah dgn penuh kasih dn Sayang.. “

” Aduhai manisnyaaa, Makin besar makin ensem ayashhh ni… Manis senyuman Ayash ni, macam senyuman arw4h ibu sangat.. “

” Aduhhh budak ni happy je muka dia.. hari-hari tokwan tunggu gambar baru awak. Comelnya Ayash ni.. “

” Cinta hati nenek Ayash, ca1r kita tengok senyuman Ayash ni. Cair nenek salmi tgk senyuman ayash kan.. “

” Alahai comelnya, handsome lah awak ni Ayash. Manis sungguh Ayash, automatik teringat senyuman Sarah.. sama sangat.. “

” Uihhh makin membesar makin hensem naaa. Comel Ayash…abis makan yea. Pandai dia. Siap dengan senyuman manis nya.. “

Gembira hati warganet melihat Ayash membesar dengan penuh kasih sayang. Kekosongan kasihnya seorang ibu dipenuhi oleh nenek Salmi yang begitu menyayangi Ayash. Semoga Ayash sihat-sihat selalu dan menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amy Salmi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..