” Ingat nak camp4k dalam kolam tadi, terkej0t haha. Happy birthday Norman.. ” – Netizen

Video Kej0tan Hari Lahir Daripada Memey Suhaiza Buat Norman Hakim Cur1 Perhatian Ramai. Alahai Sweet Betul Family Ni. Part Jalan Tutup Mata Tu Suspen Je Memey Eh. Sempat Mengusik Lagi, Hehe !!

Memey Suhaiza dan Norman Hakim antara pasangan selebriti yang seringkali mendapat perhatian daripada peminat. Kehidupan mereka bersama anak-anak dan juga Abby Abadi sekeluarga menjadi inspirasi kepada ramai orang.

Hari ini, tanggal 8 Januari genaplah usia Norman yang ke 47 tahun. Seperti tahun-tahun terdahulu, pastinya ada kej0tan majlis sambutan hari lahir Norman yang dirancangkan oleh Memey. Bezanya kali ini tanpa Abby dan suaminya, Jai kerana kedua-duanya kini berada di Singapura.

Memilih sebuah homestay sebagai lokasi, ianya dihias dengan dekorasi yang simple namun nampak menarik. Pada permulaan video dapat dilihat Memey mengikat sehelai kain di mata Norman sebelum Norman dibawa masuk.

Teragak-agak Norman berjalan apabila mata ditutup sebegitu. Ada yang menyangka Memey hendak men0lak Norman ke dalam kolam renang. Sipi-sipi betul stop di hadapan kolam. Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak Norman dan pekerja-pekerja Memey.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Memey ini telahpun meraih perhatian daripada warganet. Ucapan selamat ulangtahun kelahiran juga diberikan untuk Norman dan antara komen-komen :

” Happiest Birthday, Syukur, Alhamdulillah.. Semoga dipanjangkan & diberkati umurmu, sentiasa dimurahkan rezeki & diberi kesihatan yg baik. Hidup aman bahagia dgn keluarga trsyg. Sentiasa dlm rahmat & lindungan Allah SWT.. Dipermudahkan segala urusan Dunia & Akhirat… Aamin Allahuma Aamin.. “

” Semoga yg baik2 utk keluarga Norman n Memey.. selamat hari lahir utk Norman moga selalu dirahmati Allah dunia dan akhirat.. “

” Selamat Hari muda papa norman yg ke 17 hehe.. semoga sentiasa dlam lindunganNya dan gembira selalu bersama keluarga tersayang.. “

” Keluarga bahagia… moga sentiasa dlm lindungan Allah selalu. Happy birthday abg norman, Semoga sentiasa dimurahkan rezeki Dan dibawah rahmat Allah SWT.. “

” Sanah Helwah…. moga kekal bahagia hingga jannah. Ptt xnmpk abby rpnya outstation. Sbb sll mmg ader jer abby sekeluarga joinkan.. “

” Seronok tguk family ni always the best. Happy birthday brother. Semoga panjang umur murah rezeki. so sweet.. “

” Bahagia tengok this family. Ingat nak camp4k dalam kolam tadi, terkej0t haha. Semoga till jannah. Happy birthday Norman.. “

Akhir kata, kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke 47 tahun buat Norman. Semoga dengan bertambahnya usia, Norman dikurniakan oleh Allah rezeki yang melimpah ruah dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Memey Suhaiza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..