” Macam UFO dah rambut Papa Awan Nano.. ” – Netizen

Bila Elly Mazlein Tunjuk Skill Gunting Rambut, Habis Rambut Cikgu Azlan Jadi Mangs4 Fesyen. Kelakar Tapi Nampak Unik. Kreatif Juga Kak Kep0m Ni !!

Bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah 18 Januari lalu, Elly Mazlein dan pasangannya Cikgu Azlan kini bahagia dan gembira membina mahligai cinta mereka. Elly yang mesra dipanggil Kak Lina berusaha menjadi isteri terbaik buat suaminya ini.

Sering melakukan banyak aktiviti bersama, gelagat Kak Lina pasti dinanti-nantikan peminat kerana ingin melihat wajah dan kelaku lucunya. Semenjak perintah kawalan pergerakan atau PKP dikuatkuasa 18 Mac lalu, lebih banyak masa diluangkan bersama.

Memandangkan Cikgu Azlan juga masih belum dibuka sesi persekolahan, bertambah meriah kegiatan mereka sekeluarga. Dari memasak, mengemas rumah, sehinggalah membuat panggung wayang sendiri di rumah, semuanya dilakukan bersama. Namun yang melucukan adalah sesi Kak Lina menjadi tukang gunting..

Menerusi akaun Instagram, Kak Lina berkongsikan beberapa keping gambar Cikgu Azlan dan papanya sedang menggunting rambut. Kak Lina yang memotong rambut Cikgu Azlan, membuatkannya menjadi satu style yang mencuit hati peminat. Fesyen terkini sungguh ni Kak Kep0m !!

Jom baca perkongsian di bawah :

Hasil guntingan Kak Lina ini mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :

” Ni rambut korea utara ke.. ” 

” Kak dah macam pakai kopiah rambut atas tu kak.. “

” Ngape bertobek-tobek tu kak lina.. “

” Macam UFO dah rambut Papa awan nano.. “

” Bakpo lagutuh rambut cikgu. Supo helmet kuro jah tu.. “

” Wehh petak rambutnye kak lina.. “

” Jadi viral nanti fesyen cendawan kepom.. “

Nampak pelik tapi menjadi juga fesyen cendawan nano ni. Semakin kreatif nampaknya Kak Lina sejak PKP sekarang. Gelagat Cikgu dengan mertua pun nampak sweet je. Alhamdulillah menantu yang baik. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap supaya Kak Lina sekeluarga sentiasa gembira bersama dan sentiasa di bawah lindungan Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..