” Haishhh cantiknya.. ” – Netizen

Wajah Cantik Anak Dara Bekas Personaliti TV Datin Seri Normala Samsudin, Dr. Ruhila Roslan Buat Ramai Terpukau. Wah Seiras Sangat Dengan Muka Mak Dia Masa Muda, Cantik Sungguh !!

Masihkah anda ingat dengan pengacara dan personaliti TV popular iaitu Datin Seri Normala Samsudin. Beliau merupakan bekas pengacara rancangan Majalah Wanita TV3, Nona yang dihoskannya dari tahun 2001 hingga tahun 2004.

Selain menjadi pengacara, beliau juga berkhidmat sebagai penyampai berita Buletin Utama. Normala juga pernah digandingkan bersama Allahyarham Aziz Desa sebagai pengacara rancangan Seulas Pinang. Kini, Normala sudah lama men1nggalkan TV3 dan tidak lagi terlibat dengan dunia penyiaran.

Di usia 56 tahun, Normala masih mampu mengekalkan kecantikan dirinya dan kini anak beliau iaitu Dr. Ruhila mula menjadi perhatian ramai orang kerana wajahnya persis seperti ibunya ketika muda. Dr. Ruhila merupakan seorang doktor gigi.

Menerusi akaun Instagram, Dr. Ruhila berkongsi videonya semasa sesi fotografi beliau bersama ibunya untuk cover majalah Nona. Ini merupakan kali pertama beliau menjadi model untuk majalah dan wajahnya menjadi perhatian ramai orang.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terpukau dengan kecantikan Dr. Ruhila dan ibunya. Antara komen-komen mereka :

” Haishhh cantiknya.. “

” Fuhhhh masyaAllah sistaaa.. “

” Canteknya Dr… baru perasan muke Dr sama dgn mak Dr… “

” Cantikkkknyaaa mak dgn anak.. “

” You’re more than covergirl material.. dah la cantik, pandai and so sweet pula tu.. “

” Cantiknyaaaa.. “

Wah, cantik dan manis sangat anak dara Datin Seri Normala yang saling tidak tumpah seperti wajah ibunya. Sememangnya mewarisi kecantikan ibunya. Lihatlah sahaja wajah Datin Seri, masih maintain muda remaja seperti dulu. Semoga Dr. Ruhila terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ruhila Roslan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..