” Macam artis korea la kak. Handsome.. “

Jasmin Hamid Dedah Sikap Anak Terunanya, Ian Haziq Macquistan. Wah Tak Sangka Ian Ada Perangai Macam Tu. Lelaki Idaman Malaya Sangat !!

Pelakon vetaran Jasmin Hamid bukan nama asing dalam dunia hiburan. Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah binti Abdul Hamid dilahirkan di Kuala Lumpur pada 8 Disember 1972. Beliau yang mencipta nama sejak zaman 90-an lagi antara pelakon yang masih bertahan sehingga sekarang.

Jasmin yang telahpun berkahwin dengan Ian Rashid Macquistan dan mempunyai seorang anak hasil daripada perkahwinannya ini. Diberi nama Ian Haziq, anak teruna Jasmin kini sudahpun meningkat dewasa. Mengikuti jejak langkah seni ibunya, Ian mula membuat kemunculan sulungnya dalam drama Pat4h Sayap Bertongkat Paruh.

Walaupun tahu dia akan dibayangi oleh kepopulariti ibunya, Ian berazam untuk menjadi pelakon yang terbaik demi menjaga airmuka dan maruah ibunya itu. Ian yang mengagungkan ibunya itu menganggap Jasmin sebagai lambang kekuatan wanita yang memiliki jiwa yang kental. Pastinya semangat ibunya menjadi pendorong buat anak muda ini.

Menerusi akaun Instagram, Jasmin Hamid telah berkongsikan gambar anak terunanya Ian Haziq yang semakin kacak bergaya. Kapsyen Jasmin yang bercerita tentang anak terunanya itu cukup menggambarkan sikap Ian terhadap ibunya itu. Handsome dan sangat menghormati ibu, pakej lelaki idaman Malaya ni.

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Buah Hati JH. .❤❤❤ Zaman remaja adalah zaman yang sangat mencabar untuk para Ibubapa pantau anak-anak sebab masa ni lah diaorang nak tau segala-galanya. Akan cepat memberontak bila di halang kehendaknya…Baik anak lelaki atau anak perempuan..Tak buat kat depan diaorang akan buat di belakang ibubapa kalau kehendak mereka di halang.. . . Syukur alhamdulillah, anak ibu masih lagi nak dengar nasihat dan cakap Ibu.. Jangan malu bila orang panggil kamu ANAK MAK.. sebab Syurga kamu di bawah telapak kaki Ibu, bukan sesiapa terutama anak lelaki walaupun dah kahwin.. Setiap manusia pasti tidak lepas dari membuat kesilapan.. Teguran Ibubapa itu sebab mereka sayangkan anak-anak.. Tak mahu anak-anak hanyut jauh ke laut dalam dan akan menyesal kemudian hari.. Doa Ibu sentiasa bersama anak-anak Ibu untuk melihat anak-anak Ibu berjaya di dunia dan di akhirat.. @jon_macquistan . . Hebat Bukan? #artismalaysia #pelakonmalaysia #modelpose #newcomer #malaysian #hebatbukan #anugerahallah

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Rata-rata netizen memuji penampilan kacak Ian ini. Antara komen-komen :

” Macam artis korea la kak… Handsome.. “

” Wah!! Hebat Big Boss sama macam ibu nyer.. “

Semakin meningkat dewasa, semakin terserlah kekacakan Ian. Kalau dahulu ketika Ian masih kecil, wajah comelnya yang menjadi perhatian. Anak yang tembam dan berisi ketika kecil kini berubah menjadi pemuda kacak. Beruntunglah Jasmin ada anak tampan dan baik budi pekerti macam Ian.

Semoga Ian sentiasa menjadi pelindung dan anak mak buat Jasmin. Kami di Berita Kopak mendoakan Jasmin sentiasa diberikan kebahagiaan bersama anak-anak tersayang, dan buat Ian semoga berjaya di dalam karier lakonan dan menjadi bintang yang disegani di masa hadapan. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jasmin Hamid, IG Jon Macquistan by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..