” Kembar yang sangat cantik. Indahnya ciptaan Tuhan.. “

Fify Azmi Kongsi Gambar Bersama Kembarnya Khalie Azmi Buat Ramai Yang Terpegun. Semua Sama Macam Mana Nak Bezakan Ni. Cantik Sungguh !!

Kejayaan filem Wira mencapai kutipan pec4h panggung membuatkan nama dan wajahnya mula dikenali ramai. Memegang watak sebagai Zain, lakonan Fify Azmi mendapat pujian. Fify Azmi atau nama sebenarnya Nur Afiqah binti Mohamed Azmi dilahirkan pada 10 April 1990 di Subang Jaya Selangor.

Fify mula berjinak-jinak dalam dunia seni dengan mencuba nasib di pertandingan Dewi Remaja 2014/15. Sejak itu, Fify mula mengatur langkah seninya. Walaupun hanya ditawarkan watak-watak pembantu dalam drama dan filem, Fify tidak pernah berput0s asa.

Dan akhirnya tawaran dari Adrian Teh untuk membintangi filem Wira sebagai watak utama merubah nasibnya. Selain bidang lakonan, Fify juga pernah mengacarakan rancangan Borak Kopitiam di TV3 pada tahun 2018 dan menjadi hos rancangan Malam Jumaat.

Menerusi akaun Instagram, Fify telah berkongsikan beberapa keping gambarnya bersama kembarnya Khalie Azmi. Wajah mereka yang sangat seiras buat netizen tertanya-tanya siapa adik dan siapa kakak. Namun kedua-duanya sangat cantik . Macam tengok diri sendiri depan cermin je.

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Sama tapi boleh beza kan? . #fifykhalie

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi) on

 

Rata-rata netizen memuji wajah pasangan kembar ini. Antara komen-komen netizen :

” Kembar yang sangat cantik.. “

” Dua-dua comey la.. “

” Adik rambut panjang, kakak rambut pendek khalie azmi Fify azmi.. “

” Kembar .. Cantiknya.. “

” Adik dengan kakak .. Tak lari wajahnya.. “

” Indahnya ciptaan Tuhan.. “

” Macam patung dah.. “

” Ada kembar ke? Seiras weiii.. Dua-dua cantik.. “

Seiras betul muka Fify dan Khalie ni. Kalau tak disebabkan rambut mereka yang berbeza, memang tak akan dapat bezakan antara kedua-duanya kerana semuanya nampak sama. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya dalam karier masing-masing dan semoga makin success di masa hadapan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fify Azmi by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..