” M4ti-m4ti ingat Datin Shahida D’Herbs. Adoi rupanye Nadia Brian. Muka sebijik.. “

Parodi Nadia Brian Men1ru Aksi Datin Shahida Buat Netizen Gelak Besar. So Funny Lah Sis !!

Memiliki wajah kacukan Melayu-Australia, wajah pelakon Nadia Najwa atau lebih dikenali sebagai Nadia Brian bukan asing dalam dunia hiburan. Wajah cantik nya itu sering menghiasi drama- drama tv dan juga peragaan. Nadia dilahirkan pada 30 Mei 1991 di Kangar Perlis namun dibesarkan di Kelantan.

Mendapat pendidikan tertinggi di UiTM Shah Alam dan memiliki sijil Diploma Seni Teater dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa. Antara drama lakonan Nadia adalah Akulah Balqis, Sapa Dari Itali dan Cik Serba Tahu. Nadia juga membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Badang, Bu Kasih Suci dan Ratu Kala Jengk1ng.

Di dalam kehidupan peribadi nya, Nadia mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan bernama Muizz Nasruddin pada 4 Mei 2019. Ikatan ini dilanjutkan ke jinjang pelamin apabila pernikahan mereka dilangsungkan pada 9 November 2019. Menariknya suaminya melamar Nadia ketika berada di kota Paris bersaksikan Menara Eiffel yang terkenal sebagai kota cinta.

Menerusi akaun Instagram, Nadia memuatnaik video parody pertama ciptaan nya. Memandangkan ramai yang mengatakan wajahnya persis sama dengan Datin Shahida D’Herbs, maka beliau mencuba mengajuk gaya salah satu video Datin Shahida. Memang kelakar dan Nadia kelihatan sangat jelita mengenakan tudung.

Jom tengok video dibawah :

” First time buat parody! Ramai sangat dah cakap muka Nadia sama dengan Datin @shahidadherbs bila pakai tudung bawal.. Sorry Datin! Sama ke guys?ย  Comment sikit!.. “

Rata-rata netizen cukup terhibur menyaksikan parodi Nadia ini. Sudah la muka nya cantik hampir macam kembar sekali tengok. Dengan gaya dan intonasi suara yang di tiru lagi buatkan parodi nya tambah menarik. Antara komen-komen netizen :

” @shahidadherbs mmg sama .. Sekali tengok ingat datin hehe.. “

” @shahidadherbs style cakap pun dah sama.. “

” Hahahahaha samaaaa ! Cutee laaa awak.. “

” Sama kalau sekali pandang.. “

” Sekilas pandang memang nampak macam datin tpi kalau betul-betul tengok takda lah haha dua dua lawa , dua dua jelita.. “

” Same !!! I tggu you pregnat buat parody macam nie mesti lagi same.. “

” Dah lama nak cakap muka sama macam datin shahida.. Memang sama pon.. “

” M4ti-m4ti ingat @shahidadherbs …Adoi rupanye @nadia.brian.. Muka sebijik.. “

” Hahahaha eh tadi ingat datin shahida dah tapi asal suara lain haha sama benor.. “

Memang betul sekali pandang seakan-akan kembar Nadia dan Datin Shahida. Cantik yang tak dapat disangkal lagi. Apa-apa pun parodi Nadia ini memang menghiburkan dan menggeletek hati. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya kepada Nadia dan moga dapat banyak lagi parodi menarik dari Nadia nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nadia Brian by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..