” Mancungnya hidung tu. Kecil-kecil dah terserlah kehensemannya.. “

Pengasas V’Asia, Dato Azril Radzi K0ngsi Gambar Anak Lelaki Beliau Yang Baru Lahir. MasyaAllah.. Comel Sungguh. Nama Pun Cantik !!

Pengeluar produk kosmetik dan kesihatan berasaskan herba asli iaitu jenama V’Asia Cosmetic and Healthcare (V’Asia) adalah merupakan sebuah syarikat yang tidak asing lagi dalam bidang kecantikkan dan kesihatan di Malaysia.

Dato’ Dr Azril Mohd Radzi yang kini berusia berusia 33 tahun merupakan pengasas V’Asia. Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan anak ketiga daripada 4 adik beradik. Beliau juga pemegang Ijazah Kejuruteraan Pesawat dan Elektrik.

Dato’ Azril sememangnya minat dalam bidang perniagaan ini dari sejak berusia 20 tahun dan ketika itu, beliau masih menuntut di Universiti. Hasil usahanya, beliau berjaya mengumpul RM100,00 dan dengan bermodalkan itu pada tahun 2011, beliau telah membuka syarikatnya sendiri.

Telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Balqish Banu Mohd Husni yang juga finalis Nona Manis pada tahun 2016. Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Sarra Ayesha  yang kini berusia satu tahun lebih.

Menerusi akaun instagram, Dato’ Azril telah berkongsi berita gembira, di mana isteri beliau telah selamat melahirkan anak kedua mereka iaitu bayi lelaki pada 10 Disember yang lalu. Terkini, bayi tersebut telah berusia 7 hari, dan telah diberikan nama yang sangat cantik.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

” Day 7: Introducing Ummar Mateen @ummarmateen yang membawa maksud Ummar ; khalifah yang memakmurkan & Mateen; antara 99 nama Allah yang membawa maksud keteguhan.. “

Rata-rata netizen telah memberikan komen tentang bayi tersebut. Antara komen-komen netizen tersebut :

” Kecik2 dah nampak kekacakan dia.. “

” Ya Allah comelnya… dah macam anak omputih. Tahniah dan alhamdulillah aril dan balqis.. “

” Kecik kecik dah handsome ni dato.. “

” MasyaAllah comelnya.. “

” Alhamdulillah n tahniah dato n wife. Comeynye! Baby boy mcm ank arab.. “

” Handsomenya mancung sgt hidung tu.. “

MasyaAllah.. Comelnya !! Geram pulak tengok Ummar Mateen ni. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Dato’ Azril serta Datin Balqish atas kehadiran bayi baru mereka ini. Semoga Ummar Mateen sihat tubuh badan dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapa. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Dato’ Azril Radzi by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..