” Doakan kami dan tunggu majlis kami yang seterusnya.. “

Elly Mazlein Umum Tarikh Dan Tempat Nikah. Wahhhh.. Tempat Nikah Grand Sangat. Tahniah Kak Lina P0m P0m !!

Pengacara Mentor Milenia 2019, iaitu Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi, 39, yang telah selamat bertunang pada 17 Disember lepas dengan jejaka pilihan hatinya iaitu, Mohamad Azlan ,29  yang juga merupakan seorang guru.

Elly Mazlein yang anggun dengan persalinan rekaan dari Jimmy Coutere yang berwarna hijau pastel itu, bersyukur  segala urusan dan perancangan yang telah diatur berjalan dengan lancar. Elly juga merasa gembira dan terharu apabila melihat wajah kesayangan beliau turut hadir memeriahkan majlis yang bermakna itu.

Dalam majlis pertunangan tersebut, Elly telah disarungkan cincin oleh bakal mertuanya, Zaitun Abdullah. Majlis yang dihadiri hampir 200 orang itu, Elly juga menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas tujuh oleh pihak perempuan.

Terdahulu, Elly telah mengakui beliau sedang dilamun cinta dengan jejaka yang berasal dari Kelantan dan beliau juga menggelarkan lelaki tersebut ‘Papa Awan Nano’. Elly yang sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada tahun 2014, namum bercer4i pada tahun 2015 dan mempunyai seorang anak perempuan.

Menerusi akaun peribadi Elly Mazlein di instagram, beliau telah mengucapkan rasa syukur atas selesainya majlis pertunangan beliau baru-baru ini. Turut dikongsi oleh Elly sendiri ialah pengumuman tarikh majlis malam berinai dan nikah beliau pada bulan Januari hadapan.

Ikuti perkongsian Elly Mazlein dibawah :

” Alhamdulillah selesai sudah pertunangan Mohamad Azlan & Elly Mazlein.. “

” Doakn kami & tunggu majlis kami yg seterusnya pada 17 January 2020 di majlis malam berinai bertemakan Cik Siti Wan Kembang & Majlis Nikah Sanding pada 18 January 2020 di PWTC @putraworldtradecentre .. Semoga dipermudahkn Amin.. “

View this post on Instagram

Alhamdulillah selesai sudah pertunangan Mohamad Azlan & Elly Mazlein ❤❤❤❤❤ . Doakn kami & tunggu majlis kami yg seterusnya pada 17 January 2020 di majlis malam berinai bertemakan Cik Siti Wan Kembang & Majlis Nikah Sanding pada 18 January 2020 di PWTC @putraworldtradecentre . Semoga dipermudahkn Amin ❤❤❤ . Venue 🌸 . Dewan Tun Hussein Onn World Trade Centre ,KL @putraworldtradecentre FB Putraworldtradecentre . Decor & Planner by Reka Teemor🌸 @rekateemor . PR Media 🌸 @sakirinaca90 @fazli_zainal . 🌸Emcee 🌸 @zulinaziz . Dress🌸 @jimmycouture . Makeup 🌸 @annacjmakeover_oficial . Photographer 🌸 @momentopixel . Videographer🌸 @momentopixel @blasphere_ventures . Lighting & sound🌸 @Dbevent_malaysia . Cake 🌸 @madaboutcake_official . Hand bouquet 🌸 @mad.about.bunga . Henna Nedhenna🌸 @nedhenna . Doorgift🌸 @boxinice . Band🌸 @sarasaraakustika . Performance🌸 @sitisarahraissuddin @indahruhaila . Earrings🌸 @ida_hanicomb #pertunanganAzlanElly

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah kepada Elly Mazlein serta tunangnya. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tahniah kak zaza.. “

” Xsabar nk tngk awk naik pelamin.. “

” Wowww… syantiikkk2.. alhamdulillah kak lina.. tahniah ..”

” Tahniah mommy mona.. “

” Tahniah kak lina pom pom.. look so gojes n beutiful.. “

” Grand g1ler bru tunang… hr tu ingt yg merisik tu tunang.. hikhik.. btw tahniah kak lina.. cantik sgt.. xsbr nk tgk bkal tunang.. “

Wahh cantik betul kak Lina Pom Pom kita.. Alhamdulillah, segala urusan majlis pertunangan sudah pun selesai. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan tahniah buat Elly Mazlein serta tunangnya dan mendoakan semoga segala urusan pada bulan hadapan dipermudahkan. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Elly Mazlein, Youtube BH TV by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..