” Lupa lirik pun comel.. ” – Daebakingz

Video Ziana Zain Terlupa Lirik Ketika Membuat Persembahan Nyanyian. Alahai Comel Je Mimik Muka Masa Terlupa Lirik Tu !!

Nama Ziana Zain, penyanyi yang cukup terkenal dengan vokal lantang serta trademark ‘ angkat kening ’ yang pasti membuatkan ramai terpuk4u dengan bakat nyanyiannya. Diam tak diam, rupanya hampir 30 tahun sudah Ziana berkecimpung dalam industri seni dan digelar sebagai Ratu Pop Asia.

Meskipun sudah berusia 50-an penampilan Ziana juga dikatakan awet muda. Baru-baru ini video penyanyi otai ini sedang menyanyi di restoran telah tular di media sosial dan mencur1 perhatian ramai.

Kali ini, lain pula dikongsikan menerusi akaun Instagram Daebakingz yang memaparkan telatah comel Ziana ketika membuat persembahan nyanyian di hadapan orang ramai dan secara tiba-tiba Ziana terlupa lirik.

Meskipun sudah terlupa lirik, Ziana dengan selambanya meneruskan lagunya itu dengan penuh yakin. Alahai sempat lagi yer Ziana buat muka macam tu, kelakar tengok. Nampak comel sahaja. Apa-apa pun, pujian harus diberi sebab Ziana sangat profesional.

Jom tonton video di bawah :

Nyanyian Ziana memang padu dan masih sama seperti zaman mudanya dahulu. Ziana yang juga ibu kepada empat cahaya mata ini antara penyanyi yang sehingga kini masih aktif dan mempunyai ramai peminat.

Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Ziana Zain akan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. Semoga Ziana sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta serta segala urusan dipermudahkan, amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Daebakingz, Ziana Zain

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..