” Kenapa aku pula yang tak sabar sangat nak tengok Mira pakai baju tu.. ” – Netizen

Video Mira Filzah Ke Butik Fiziwoo Untuk Melihat Busana Nikahnya Buat Ramai Teruja. Alahai Comelnya Reaksi Nerv0us Mira Tu. Terpacul Perkataan Wow Daripada Mulut Mira. Wahhh Tak Sabar !!  

Mira Filzah semakin menghampiri detik bergelar isteri. Kisah percintaan Mira bersama jejaka yang kini bergelar tunangnya, Wan Emir Astar menjadi tumpuan peminat. Emir yang merupakan seorang arkitek juga adalah anak kepada Datin Mastura, ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Sejak terded4hnya si pencur1 hati Mira ini, warganet pasti mengintai laman Instagram milik Mira dan Emir untuk mengetahui perkembangan mereka. Desas desus sebelum ini yang mengatakan mereka bakal berkahwin pada bulan September mungkin akan menjadi nyata.

Mira memberitahu persediaan untuk majlis perkahwinan sudah pun bermula. Oleh kerana keadaan negara dan masih lagi dalam tempoh PKPP, majlis perlu dirancang sebaiknya. Sehingga kini masih belum diketahui tarikh pasangan ini bakal disatukan sebagai suami isteri yang sah.

Menerusi akaun Instagram Fiziwoo, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi dan ekspresi wajah Mira ketika mahu melihat baju kahwinnya. Mira yang memilih khidmat pereka pakaian terkenal Fiziwoo ini nampak berdebar-debar untuk menyaksikan busana tersebut.

Jom tonton video di bawah :

Reaksi wajah Mira yang tersenyum malu-malu itu menarik perhatian ramai. Antara komen-komen peminat :

” Lawanyaa mira. Berseri2. Tk sabar nk tgk mira pakai design fiziwoo. Mesti let0ppps.. “

” Omaigggg i pulak yg excited. Cantik dan manis Mira ni.. “

” Kenapa aku pula yg tak sabar sgt nk tgk mira pakai baju tu.. “

” Mira mmg dah semulajadi cantik pakai apa pon cantik. Fiziwoo punya creation mesti kebabommm serlahkan lagi kecantikan mira.. “

” Apasal aku pun tersenyum malu2 gitu. Can’t waittt.. “

” Pastu i nervous dah kenapa. Tak sabar nak tengok Mira pakai baju pengantin.. “

Berseri sungguh wajah Mira sekarang maklumlah dar4h manis, seri bakal pengantin tu terserlah sangat. Kalau dilihat dari nada wow Mira tu macam cantik sangat baju kahwinnya itu. Ish lagi buat peminat tak sabar nak tunggu hari kahwin Mira. Apa pun, semoga semua urusan Mira dipermudahkan dan berbahagia selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mira Filzah, IG Fiziwoo

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..