” 300,000 views in 10 hours. Wowww… ” – Nabila Razali

Video Muzik Official Lagu Peluang Kedua, Nabila Razali Jadi Trending Di Youtube. Penampilan MK K-Clique Buat Peminat Teruja. Part MK Rap Tu Memang Gempak !!

Nabila Razali antara penyanyi baru yang semakin meningkat naik namanya. Walaupun ada yang mempertikaikan bakat nyanyiannya, namun Nabila tidak pernah pat4h semangat. Selain menyanyi, Nabila juga aktif sebagai pelakon drama antaranya drama Cik Reen Encik Ng0k Ngek.

Penyanyi dan komposer Hael Husaini dan juga sahabat baik Nabila telah menciptakan satu lagu khas buat Nabila berjudul Peluang Kedua. Single ini berjaya mencatat rekod lebih 1 juta tontonan hanya beberapa hari dilancarkan di saluran Youtube Nabila sebelum ini.

Lirik dan iramanya yang sangat menyentuh hati membuatkan lagu ini menjadi siulan ramai. Popularnya lagu ini sehinggakan berjaya mengungguli carta lagu di beberapa buah stesen radio. Tidak hanya golongan dewasa malahan kanak-kanak juga meminati lagu ini termasuklah si comel Aaisyah Dhia Rana.

Semalam Nabila telah melancarkan video muzik official lagu Peluang Kedua. Nabila rasa terkej0t dengan sambutan daripada peminat terhadap kolaborasi bersama MK ini. Wah cuma dalam masa 10 jam selepas dilancarkan sudah mendapat 300 ribu tontonan di saluran youtube ini. Terbaik lah duet mereka ini pasti boleh jadi lebih trending.

Peminat turut memberi respon mereka terhadap video dan komen Bella ini. Semuanya teruja dengan gabungan Bella dan MK. Antara komen-komen mereka :

” Dari start smpai akhir smua suka . So perfect bella . congrats semoga trending.. “

” Part yg nabila tutup buku mk tuu.. Pastu tgk react mk.. Hensemmm g1laaaa.. “

” Semua part suka.. Part masa bukak pintu tiba2 bella trowback tu.. Lawo choo.. “

” Part mk keluar kereta and part nabila kat pintu pastu throwback. cantik yachhh.. “

” Paling suka scene masa meraj0k baca buku tu hahahahahaha dua dua comel. Strong storyline and song, semoga maju jaya kak Bella!.. “

” Part MK Rap tengah tu tersentuh perasaan.. “

” Wey tlg ada smbungan wey! Aku frust tgk mk.. asal ?? Dia acc1dent ke ? Tlg lah.. jgn sad ending.. “

” Masa bella tutup buku, mk renung bella, nmpk mjadi lakonan mk bab memujuk ni. tahniah bella mk.. “

” PART MK RAP !!!! AAAAA SUMP4HHHHH KENNOTTT . MAKINNN FAV AHH LAGU NII !!!!.. “

Gabungan suara yang mantap daripada Bella dan MK buat lagu ini lagi sedap didengar. Tambahan lagi lirik rap MK tu, memang powerlah. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Bella dan MK sentiasa success dalam kerjaya dan semoga video muzik ini akan mencapai tontonan hingga angka juta.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nabila Razali, Youtube Channel Nabila Razali Entertainment

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..