” Kembar ke ni? Susah juga nak teka ni.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Bersama Kakak, Wajah Syura Dan Kakaknya Buat Ramai Keliru. Wah, Memang Sama Betul Tengok !!

Nama Syura Badron tidak asing lagi dalam dunia seni. Beliau merupakan seorang penyanyi yang seangkatan dengan penyanyi Siti Nordiana. Syura mula menceburi bidang seni pada tahun 2000 dan Syura begitu sinonim dengan lagu-lagu irama pop tradisional.

Syura pernah lama menyepi dalam dunia seni selepas beliau mendirikan rumah tangga kerana menumpukan perhatian kepada keluarga. Namun beliau telah membuat comeback dengan menyertai pertandingan MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2.

Beliau akhirnya telah bergelar juara dalam program MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2. Kemudian, Syura menyertai program realiti Geg4r Vaganza Musim ke 4 namun beliau tidak berjaya ke peringkat akhir. Walaupun bgitu beliau tetap aktif dalam bidang seni.

Menerusi akaun Instagram, Syura telah memuatnaik gambarnya bersama kakaknya. Menurut Syura, ramai orang keliru antara beliau dan kakaknya kerana wajah mereka sangat seiras. Wah, memang nampak sama sangat macam kembar.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )

Rata-rata netizen meneka Syura yang bertudung hitam. Antara komen-komen mereka :

” Hahah yg tdg hitam tu syura kan kan.. Cantiknyeeeee kulit.. “

” Walawehhh.. twin ke ni.. susah juga nak teka ni.. “

” I kenal.. syura hidung dia kembang sikit… hahaha.. “

” Tudung hitam syura tudung putih kak syura.. “

” Eh sama nye, lama tilik, tudung hitam kan.. “

” Assalamualaikum. Awak sebelah kiri kan. Jujur je.. betul ke salah sy teka.. “

Adik-beradik semestinya mempunyai wajah yang sama tetapi Syura dan kakaknya sememangnya nampak seperti kembar. Sudahlah sama, wajah cantik pun sama. Semoga Syura terus berjaya dalam bidang yang diceburi terutamanya dalam bidang seni.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..