” Nasib ingat sendiri nak buka mata, kalau tak sampai ke sudah membebel.. ” – Netizen

Rahim Sepahtu Terima Kej0tan Daripada Isteri Keduanya, Lily Khay Sempena Hari Bapa. Part Rahim Membebel Sebab Kena Tutup Mata Tu Memang Kelakar. Seronok Rahim Bila Buka Je Mata Lihat Siapa Yang Datang.

Siapa tidak mengenali akan pelawak dan pengacara radio Sinar FM  iaitu Rahim Mat Ali atau lebih terkenal dengan nama Rahim Sepahtu. Dia juga merupakan ahli kumpulan Sepahtu yang turut disertai ialah rakan-rakannya, Jep dan Shuib. Bakat lawaknya mula dikenal pasti menerusi Raja Lawak musim ke- 5 pada tahun 2011.

Bergelar selebriti, semestinya kehidupan kerjaya mahu pun peribadi Rahim menjadi perhatian ramai. Rahim mempunyai dua isteri iaitu Norazlin Abdullah dan Lily Khay. Hasil perkongsian hidup bersama dengan isteri pertama, Rahim dikurniakan empat orang cahaya mata.

Kehidupan rumah tangga Rahim bersama isteri-isterinya turut mendapat pujian ramai kerana kelihatan mereka bahagia bersama. Lebih-lebih dilihat perhubungan antara kedua-dua isterinya juga baik. Untuk rekod, Rahim telah mendirikan rumah tangga bersa Lily Khay pada 2015.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram milik isteri kedua Rahim, Lily telah berkongsi video yang memaparkan dia telah membuat kej0tan buat suami tercintanya sempena Hari Bapa. Kehadiran kedua ibu bapa Lily ke rumah pasangan ini membuat Rahim berasa gembira.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :

Perkongsian video itu turut mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Nasib x sejam abang Rahim sambung bebel kak.. “

” Hahahaha naseb ingat sendiri nak bukak mata. Kalo x sampai ke sudah membebel.. “

” Wah seronok dapat jumpa ibu dan bapa mertua.. “

” Surpise betul abg Rahim bila buka mata tengok siapa yang datang.. “

” Keluarga bahagia, semoga Abg Rahim dan kak Lily kekal bahagia.. “

” Kelakar tengok Rahim bebel sebab mata kena tutup.. “

Terkej0t Rahim bila buka mata je nampak ibu dan bapa mertuanya yang datang rupanya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga kehidupan Rahim bersama keluarga sentiasa bahagia kekal hingga ke Janna dan dimurahkan rezeki, berjaya dalam karier yang diceburi. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lily Khay, Rahim Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..