” KC si sengkuang request aku menyanyi pulak. Ingat aku ni penyanyi ke ? “

Erma Fatima Menyanyi Hiburkan Orang dalam Bas ketika Berada Di Ch1na. Macam Lawak, Tapi Aura Lagu tu.. MasyAallah !!

Pengarah Erma Fatima atau nama sebenarnya, Fatimah binti Rahmad yang juga merupakan seorang pelakon dan penulis skrip Malaysia. Beliau juga merupakan kakak kepada pelakon Umie Aida dan Betty Rahmad yang kini aktif dalam industri seni hiburan Malaysia.

Selain daripada panggilan Erma Fatima, beliau juga dikenali sebagai Mak Cun. Hal ini kerana watak yang dipegang beliau dalam drama Mak Cun yang telah menghiburkan jutaan penonton. Diawal lakonan, Erma Fatima diperkenalkan menerusi filem Rozana Cinta ’87 yang diterbitkan pada tahun 1987.

Seterusya, beliau telah berkahwin dengan pengarah filem terkenal, Bade Hj. Azmi pada tahun 1991. Memiliki lima orang anak angkat. Namun pada November tahun 2017, pasangan ini bercer4i secara rasminya. Erma juga pernah meraih empat anugerah Festival Filem Malaysia, tiga Anugerah Skrin dan satu Anugerah Profima.

Selain daripada pengarah filem, Erma juga kini seorang usahawan. Beliau telah berjaya membawa produk bernama Mak Cun ke industri kecil dan sederhana. Telah melancarkan Mak Cun Mart dengan mempunyai lebih 20 produk termasuk makanan, kecantikan dan fesyen.

Menerusi laman media sosial, Erma telah memuat naik satu video dimana beliau ketika itu sedang berada di dalam bas. Mencuit hati dan bangga bagi sesiapa yang menonton, kerana video itu merakamkan Erma disuruh untuk menanyikan lagu untuk menghiburkan semua penumpang bas tersebut.

Ikuti perkongsian Erma dibawah :

” Pek4kkan telinga.. walaupun tk sedap.. tetap lagu motivasi utk sahabat2 usahawan aku disini.. “
” #makcunmart #barangorangkita.. “

Rata-rata peminat terhibur dan merasa bangga dengan video yang telah dikongsikan oleh Erma itu. Antara komen-komen tersebut :

” Teruja tengok semangat Mak Cun.. “

” Walaupun mcm lawak tp bila tgk dgn hati, boleh tercuit emosi sebak dan terharu. Aura lagu tu je dah nmpk besar semangat tu… Masyaallah… Tabarakallah.. “

” Rasa sebak pula, bila dengar lagu tu ngan situasi kt sana, sebak n pads Masa YG sama rasa sngt bersemangat.. “

” Sdap apa suara nya.. “

“Habis layan. Mmg berjuang habis ni. Tahniah Mak Cun @ermafatima.. Love you..”

” Cha Cha Cha.. “

Wahh terasa bangga melihat semangat Erma Fatima. Untuk pengetahuan umum, Erma yang kini berada di China sedang membawa empayar produk Mak Cun di sana.  Apa-apa pun kami di Berita Kopak turut merasa bangga kerana dengan melabarkan produk melayu ke sana. Semoga urusan Erma Fatima disana dipermudahkan. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erma Fatima by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..