” I minta balik duit hantaran tu. Diskaun please RM1,000.. “

Bonda Rozita Ibarahim Sent4p Dengan Suami Kerana Minta Balik Duit Hantaran. Tak Sangka Ini Sebabnya..

Siapa yang tidak kenal akan pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi dan Rumah Hutan iaitu, Puan Rozita Ibrahim. Beliau merupakan usahawan wanita Malaysia yang berjaya. Merupakan ibu kepada jutawan Malaysia yang juga pengasas produk D’HERBS iaitu Dato Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Puan Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Bonda’ dilahirkan di Sungai Besar, Selangor  dan dibesarkan dalam keluarga yang miskin mempunyai enam adik beradik dan beliau merupakan anak sulung. Telah berkahwin pada usia 18 tahun dengan pilihan keluarga beliau. Namun perkahwinan itu tidak berpanjangan.

Hasil dua perkahwinan tersebut beliau mempunyai lima orang anak. Beliau terpaksa membesarkan anak-anaknya dengan sendiri selepas pencer4ian tersebut. Telah melakukan pelbagai kerja untuk menyara diri dan anak-anak. Beliau juga sentiasa berpegang pada prinsip ” Wanita perlu bangkit dan membebaskan diri daripada belenggu”.

Namun siapa sangka, Bonda sekarang adalah usahawan wanita yang berjaya. Kini, Sendayu Tinggi sudah mempunyai 9 anak syarikat yang sangat membanggakan dan salah satunya adalah Jamu Ratu. Bonda yang kini bahagia dengan perkahwinan beliau yang ketiga dan dikurniakan lagi dua orang anak hasil perkahwinan tersebut.

Menerusi instagram, Bonda Rozita telah berkongsi satu cerita kepada pihak umum tentang kisahnya dahulu seawal perkahwinan bersama suaminya iaitu ‘Abang Haji ‘. Kisah tersebut sangat lucu dan membuatkan yang membaca terhibur.

Ikuti perkongsian Bonda dibawah :

” Kami Baru bertunang bulan lepas, nikahnya malam ni.. Trag1s sungguh jiwa kewanitaan ku melambung kelangit.. Ada ke patut, lepas suami bagi hantaran lepas nikah tadi RM 5550. Dan sen 05 .. tak mahal mana duit hantaran tu.. sent4p yg x berapa sentap lah.. “

” Sy sedar diri bila dia minta balik selepas sy buka khimar depan dia, ( ingatkan dia terpaku kejelitaan ku, rupanya nak tarik balik duit hantaran )..  Masa bercinta amboi2 boyfrend sy kata sy terima kekurangan u sbb manusia xda yg sempurna .. “

” Lepas nikah lain pulak jadinya .. I minta balik duit hantaran tu , diskaun plez rm1000 sbb bila u buka tudung warna rambut u silver color .. !! Sy sent4p kejap dan redha jer lah hakikat rambut i silver nak sebut uban i segan.. “

” Maka sy pulangkan balik wang hantaran tu dn sy cakap, janggut u pun silver gak then i terima u seadanya ..  Ha ha ha just tulisan anganan sy kawin diusia senja ( jangan anggap1us tau ..) .. “

View this post on Instagram

Kami Baru bertunang bulan lepas, nikahnya malam ni..Tragis sungguh jiwa kewanitaan ku melambung kelangit . Ada ke patut 😝😁🤣😂 lepas suami bagi hantaran lepas nikah tadi RM 5550. Dan sen 05 ..tak mahal mana duit hantaran tu ..sentap yg x berapa sentap lah..Sy sedar diri bila dia minta balik selepas sy buka khimar depan dia, ( ingatkan dia terpaku kejelitaan ku , rupanya nak tarik balik duit hantaran ) . . Masa bercinta amboi2 boyfrend sy kata sy terima kekurangan u sbb manusia xda yg sempurna . . . Lepas nikah lain pulak jadinya “ I minta balik duit hantaran tu , diskaun plez rm1000 sbb bila u buka tudung warna rambut u silver color ..!! . . . Sy sentap kejap dan redha jer lah hakikat rambut i silver nak sebut uban i segan , maka sy pulangkan balik wang hantaran tu dn sy cakap “ janggut u pun silver gak then i terima u seadanya “ . . Ha ha ha just tulisan anganan sy kawin diusia senja ( jangan anggap serius tau ..)

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Rata-rata netizen terhibur akan perkongsian cerita oleh Bonda Rozita. Antara komen-komen netizen tersebut :

” Nasib Puan jenis tk cepat sentap klu org lain rasa lari mlm dah.. “

” Hahaha. Lawak la bonda.. “

” Bersemutlah bondaaa… comel citer nih.. “

” Lucu lah bonda sporting sangaat.. Bahagiaaa.. Mudahan berkekalan hingga kesyurga.. “

” Hahahaha.. kelakar bonda.. “

” Bergurau dalam tulisan. Sungguh menghiburkan. Terbaik.. “

Alahai.. sweet juga Bonda Rozita ni. Tapi cerita tersebut sangat kelakar dan menghiburkan. Bonda sentiasa nampak awet muda tak makan dek tua. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Bonda serta suami sentiasa bahagia dan hubungan yang dibina ini kekal hingga ke Jannah. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bonda Rozita Jrm by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..