” Comei nyer Yusof. Bijak pandai ger4mmm tengok dia.. “

Video Yusoff Al Qardawi Selongkar Beg Datin Shahida Tarik Perhatian Netizen. Masya Allah Comel Sangat!!

Populariti Yusoff Al Qardawi bukan lah satu perkara baharu. Sejak dari dalam kandungan ibunya lagi, nama Yusoff sudah menjadi bualan ramai. Mungkin kerana mempunyai bapa yang popular seperti Dato’ Aliff Syukri membuatkan nama Yusoff mudah dikenali. Yusoff dilahirkan pada bulan Jun 2018 dengan berat 3.15 kilogram.

Nyata kelahiran Yusoff bukan sahaja dinantikan oleh ayah dan ibunya malah juga oleh neneknya iaitu pengasas Sendayu Tinggi, bonda Rozita Ibrahim. Yusoff merupakan anak ke empat daripada empat bersaudara dimana mempunyai abang dan kakak yang bernama Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham. Juga turut mempunyai seorang saudara angkat dan sesusuan iaitu Ameena.

Nama Yusoff Al Qardawi dipilih semperna mengambil nama alim ulama dengan harapan apabila dewasa boleh menjadi seperti alim ulama tersohor. Terkini sebagaimana diketahui umum, ibunya Datin Shahida menghitung hari untuk menimang cahayamata yang ke 5 dan pastinya Yusoff sudah layak bergelar abang dengan kecerdikan dan kebijaksanaan nya yang sering dipertontonkan di akaun Instagram nya.

Menerusi akaun Instagram, Yusoff alqardawi telah dimuatnaik satu video dimana kelihatan Yusoff sedang menyelongkar handbag mamanya Datin Shahida. Aksinya mencari-cari barang sambil mulutnya mengomel membuatkan Yusoff kelihatan tersangat comel.

Jom tengok video dibawah :

” Dah pandai selongkar beg mama dah saya ni!!.. “

View this post on Instagram

Dah pandai selongkar beg mama dah saya ni!!

A post shared by @yusoffalqardawi (@yusoffalqardawi_terlajaklaris) on

Rata-rata peminat terpikat dengan kecomelan Yusoff dan keletah manjanya itu. Antara komen-komen peminat :

” Comei nyer Yusof.. Bijak pandai ger4mmm tengok dia.. “

” Sama macam anak laki saya, pantang tengok handbag mummy dia.. Lagi-lagi kalau zip bag tu terbuka.. “

” Budak bijak…. Comelnyaa… “

” Aloloo… Ucop dah pandai ye.. “

” Comelnye, pandai selongkar handbeg mama.. Amik duit pulak tu.. “

” So in love with Yusoff! Hope to have a sweet, smart and adorably cute boy just like Yusoff.. “

” Comey nyo Yusof.. Bijak, cerdik.. “

” Yusooff.. Lucu dan comelnyaa.. “

” Yusuf nak cari handphone mama ler tu.. Nak buka lagu nanana.. “

” Comelnyer Yusoff… Ger4m sangat-sangat.. “

” Comelnyaa Yusoff.. Laju dah dia lari macam tak cayalah tengok Yusoff dah besar gini cepatnya masa berlalu.. “

Bertambah bijak dan pandai Yusoff sejak semakin membesar ini. Bertambah cerdik bila sudah mahu bergelar abang cuma tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Yusoff membesar dengan sihat dan menjadi abang dan anak yang soleh.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusoff Al-Qardawi by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..