” Kau jangan risau, kau tak kena kec4m kalau gambar pakai telekung.. “

Terima Komen Daripada Ajak Shiro, Ini Respon Janna Nick. Memang Win Sangat. Kelakar Wehhhh !!

Pelakon dan pengacara sensasi Janna Nick bukanlah satu nama asing. Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner telahpun berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah bersama keluarganya pada 24 Januari yang lalu.

Janna adalah antara artis-artis yang berpeluang menjadi tetamu Allah pada musim umrah ini. Sering mengemaskini akaun sosialnya dengan gambar dan video semasa di sana, peminat sering menitipkan doa buat selebriti kesayangan ramai ini.

Tular semenjak kelmarin isu hang4t tentang perkongsian gambar usahawan kosmetik terkenal Sajat yang turut berada di sana menunaikan umrah. Namun kelibatnya memakai telekung menjadi perhatian ramai dan sehingga ke hari ini masih belum reda.

Menerusi akaun Instagram, Janna telah berkongsikan satu video rakaman di mana kelihatan beliau sedang merakamkan memori indah berjalan di kota Madinah menggayakan jubah yang menarik. Namun apa yang menarik, respon netizen yang bertanyakan Janna tentang usahawan kosmetik itu.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Nasib tak eks1den dengan burung hihi.. “

” Kalau jumpa Sajat kirim salam.. “

” Soooo beautiful.. “

” MasyaAllah.. Cantik sungguh.. “

” Bidadari syurga.. Lawa sangat-sangat.. “

” Memang cantik semulajadi.. “

” Janna comel la pakai macam ni.. “

Namun komen dari bekas rakan sekerjanya Ajak Shiro mendapat perhatian Janna dan respon Janna amat melucukan hati :

Janna memang ada sahaja jenakanya. Nampaknya DM Janna dihujani dengan beribu pesanan dari netizen ni. Mujur Janna sejenis yang sporting. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Janna mendapat umrah yang mabrur dan selamat kembali ke tanahair dengan selamat. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Janna Nick by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..