” Udah-udah la tu yop. Kita ni tak makan malam lagi.. “

Aeril Zafrel Merakam Video Secara Sembunyi Wawa Zainal Dan Anaknya, Hayla Sedang BerTikT0k. Amboi, Bukan Main Khusyuk Lagi Dua Beranak Ni !! 

Pasangan selebriti yang sama cantik dan sama padan iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal antara pasangan selebriti yang popular. Wawa Zainal merupakan seorang model dan pelakon yang berasal dari Lahad Datu, Sabah manakala Aeril Zafrel merupakan seorang pelakon.

Perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sangat comel bernama Attar, Hayla dan Ayya Soffya. Sepanjang penglibatan Wawa dalam dunia seni, beliau telah banyak dicalonkan dalam beberapa anugerah dan pada tahun 2012, Wawa telah memenangi Anugerah Artis Baru Wanita Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26.

Bakat lakonan Aeril dan Wawa tidak perlu dipertikaikan lagi. Lakonan mereka sering mendapat tempat di hati peminat. Pasangan ini sekarang melangkah lebih ke hadapan dalam bidang perniagaan dan menghasilkan produk berjenama sendiri.

Menerusi akaun Instagram, Aeril memuatnaik video isteri dan anaknya, Hayla sedang asyik membuat video TikT0k. Aeril merakam aksi mereka dari atas tangga tanpa disedari oleh isteri dan anaknya itu. Gelagat dua beranak itu yang sedang khusyuk membuat TikT0k menarik perhatian para netizen.

Tonton video di bawah :

” Udah2 la tu yop… kita ni tak makan malam lagi.. “

Sementara itu di akaun Instagram Wawa :

” Hayla yg ajak.. “

View this post on Instagram

Hayla yg ajak😝 #anysongchallege

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on

Rata-rata netizen memberi pelbagai respon terhadap pasangan ini. Kebanyakan daripada mereka berasa terhibur dan ini komen-komen mereka :

” Comelnya… Sempat lagi rakam.. “

” Haha.. bapak dia duduk kat tangga.. “

” Nampak sgt tkde keje ni.. Haha.. “

” Awas ada mata memerhati.. “

” Alahai comelnya.. Ingatkan kakak dan adik ni. “

” Cute la Hayla… dah mkan ke blom tu.. “

Amboi, bukan main lagi Wawa dan Hayla menari TikT0k ye. Comel sangat ibu dan anak ini. Aeril pun sporting sangat rekod gelagat isteri dan anak. Semoga rumahtangga Aeril dan Wawa bahagia dan berkekalan sehingga ke Jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafrel, Wawa Zainal by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..