” Muka cantik, kelakar pulak tu.. “

Jawapan Aaisyah Dhia Rana Bila Rozita Che Wan Tanya ‘ Tak Balik Kampung Ke ‘ Memang Win. Amboiii.. Padu Sangat Ecah !!

Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada pasangan selebriti terkenal si cantik manis Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin. Aaisyah sering menjadi perhatian netizen kerana wajahnya yang comel dan cantik. Aaisyah juga turut menpunyai ramai pengikut di akaun media sosialnya.

Aaisyah yang dilahirkan pada 1 November 2014 kini sudah pun berusia 6 tahun. Aaisyah mewarisi kecantikan daripada ibunya dan kekacakan bapanya. Gelagat dan telatah Aaisyah selalu dikongsi oleh ibunya di akaun media sosialnya sejak Aaisyah masih kecil lagi.

Aaisyah merupakan anak ketiga Che Ta dan anak sulung buat Zain. Aaisyah mempunyai dua orang abang yang sudah meningkat remaja iaitu Ammar Efendi dan Aniq Ezra. Selain itu, Aaisyah pernah membintangi program realitinya sendiri bertajuk ” Little Princess Aaisyah ” pada tahun 2017. Hebat kan Aaisyah !!

Menerusi akaun Instagram, satu video Aaisyah telah dikongsikan. Aaisyah memberi pesanan kepada semua supaya berhati-hati ketika pulang ke kampung. Apabila ibunya, Che Ta bertanya bila Aaisyah hendak pulang ke kampung, namun jawapan yang diberikan oleh Aaisyah begitu mencuit hati.

Jom tonton video di bawah :

” Nak balik kg hati2 tau nak balik kg.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh Aaisyah. Antara komen-komen mereka :

” Belum Raya Kan… halah comey dia jwb.. “

” Muka cntik klako pulak tu.. “

” Hehehe… anak.. anak… dia duk pikiaq ghaya je blk kg.. “

” Awak kg mana si comel nie.. cantek sgt awak.. “

” Blm raya pn blh blk kg ank syg ooiii.. “

” Aisyah balik kampong bukan hari raya sahaja hari cuti lain pon boleh balik raya jumpa opah.. “

” Comeyyu sgt sbb dia cakap melayu.. jarang dah jumpa bbdk cakap melayu la ni kan.. “

Amboi, Aaisyah asyik bersembang pasal raya je kan. Kalau nak balik kampung tak semestinya waktu raya sahaja Aaisyah.  Semoga Aaisyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna serta membanggakan ibu bapa satu hari nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..