” Kata menyanyi suka-suka kan, jadi jangan kec4m saya ok.. “

Ekin Isteri Mawi Tunjuk Bakat Menyanyi Dekat Rumah Kenduri . Wowwww.. Sedap G1ler Suara !!

Siapa tidak kenal, isteri kepada penyanyi terkenal Mawi, iaitu Ekin atau nama sebenarnya Nora’Syikin Rahmat yang juga kini pengusaha “Polka Pops Dessert”. Lebih dikenali dengan panggilan Ekin, Ekin juga mempunyai kembar yang bernama Nora’Ain Rahmat.

Terdahulu, Ekin telah mendirikan rumah tangga bersama Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani yang juga merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Mawi juga terkenal dengan frasa “World” dan seringkali disahut oleh peminatnya, “Mawi World” .

Mawi kini lebih selesa berkarya di sebalik tabir sebagai pengarah. Manakala Ekin pula makin rancak dengan karier sebagai usahawan. Pasangan ini akan menyambut tidak lama lagi ulang tahun perkahwinan ke- 11 pada 20 Disember akan datang.

Meskipun Ekin kini merupakan ibu kepada anak seorang, iaitu Cahaya Malika yang kini berusia lapan tahun, Ekin tetap kelihatan cantik dan menawan seperti dulu. Ekin juga sudah tidak berminat untuk kembali aktif dalam industri hiburan tempatan dan beliau lebih selesa dengan memberi tumpuan terhadap perniagaannya.

Menerusi instagram, Ekin baru-baru ini telah berkongsi satu video dimana, beliau sedang menyanyi dan berduet bersama suaminya, Mawi di sebuah majlis kenduri kahwin. Video tersebut, Ekin dan Mawi sedang menyanyikan lagu bertajuk ‘ Senja Nan Merah ‘ yang dinyanyikan oleh penyanyi Awie dan Ziana Zain.

Baca perkongsian Ekin dibawah :

” Layan nyanyi jap larr.. “

” Takut gak nak nyanyi sebab dah mendung kang bukan senja nan merah tpi senja nan hadoooo hahaha.. kata nyanyi suka2 kan so jgn ada yg kec4m i ok.. “

Rata-rata peminat memuji suara Ekin yang merdu itu. Ramai peminat yang tidak sangka Ekin dapat menyanyi dengan baik sekali. Antara komen-komen netizen :

” Sdapnyaaaa suaraaa akkkk..”

” Powerrrrr @ekinmawi_cahaya.. I tgk live tau.. “

” Sedap yer suara both of u guys.. “

” Suara padu… gandingan yg mantap ladyboss @ekinmawi_cahaya feat bigboss @cahayaasmawi.. “

” Tak sangka.. 1st time dgr ekin pya suara.. mmg best.. “

” Bagusnya suara @ekinmawi_cahaya Tak pernah dgr… Blh bt lagu duet.. suami isteri.. “

Wowww! Sedap sungguh suara Ekin. Tak sangka Ekin pandai menyanyi. Mungkin dah selalu menyanyi kat rumah dengan suami, suami pula penyanyi mestilah sedap menyanyi. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak, mendoakan semoga pasangan ini sentiasa berbahagia selalu dan dimurakan rezeki. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ekin Mawi by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..Â