” Akhirnya piala tu milik Jihan Muse.. “

Menang Best Comedy Performance, Bakat Jihan Muse Di Iktiraf Dunia. Tahniah !!

Siapa tidak mengenali, pelawak wanita tersohor Jihan Muse. Lawak bersahaja bersama mimik muka yang lucu sering membuatkan peminat ketawa dan gel1 hati. Popular dengan gelaran Ratu Parodi, nama Jihan semakin hari semakin meniti di bibir peminat tanahair. Sedikit informasi, Jihan dilahirkan pada 29 Ogos 1983 di Hulu Langat Selangor.

Anak kedua dari empat adik beradik ini berdarah keturunan Jawa, Riau, Minang dan Bugis. Jihan mula menyertai dunia hiburan pada tahun 2009 dimana dia mencuba nasib di dalam program pencarian bakat, Raja Lawak Astro musim ketiga. Nyata percubaan Jihan membuahkan hasil apabila berjaya dinobatkan sebagai naib juara rancangan tersebut.

Bermula dari situ, Jihan mengukuhkan lagi tempatnya di dalam industri dengan menjadi pengacara, pelakon dan model. Jihan pernah membintangi drama Bujang Sepah The Series, Lawaking, Gelak Khas, Karoot Komedia dan banyak lagi.

Meneruskan karier di bidang pengacaraan , Jihan menjadi hos bagi program hangat Gegar Vaganza, Jejak Jepun Jihan dan Resepi Memikat Suami. Hasil usaha kerasnya, Jihan pernah dianugerahkan sebagai pemenang Artis Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun 2013.

Menerusi akaun Instagram , Jihan menzahirkan rasa terharu di atas kemenangan sebagai Persembahan Komedi Terbaik di acara terkemuka Asian Academy Creative Award. Beliau sama sekali tidak menjangka nasib akan menyebelahinya pada kali ini.

Jihan turut sama mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan mereka yang terlibat dan menyokong karier nya sehingga ke tahap ini. Baca perkongsian Jihan Muse di bawah :

” Alhamdulillah .. Semua atas izin Allah. Tonigt is the FINALE. And i just won BEST COMEDY PERFORMANCE in @asianacademycreativeawards yang sedang berlangsung di Singapura sekarang. Fuh first time menang untuk NEGARA.. “

” Tahniah juga #keluargabahadon pun menang BEST COMEDY PROGRAMME . Yay! Congrats @anomalousfilms @susan_lankester @viumalaysia and semua team #keluargabahadon !
Thank you @kyerography wakilkan saya amik award kat sana.. “

” Sorry boss saya shooting kat sini. Alhamdulillah thank you semua yang terlibat. Thank you suami tercinta @ungkuhariz kerana merestui isterinya yang suka kerja ni.. “

Rata-rata peminat tidak ketinggalan rakan-rakan artis mengucapkan ucapan tahniah di atas kemenangan Jihan ini. Antara komen-komen peminat :

” Tahniah sis, semoga berjaya di dunia dan akhirat, amin, sebab dah lama sebenarnya nak tengok jihan menang, best comedy, good job.. “

” Tahniah @jihanmuse sebelum ini tak menang sekarang wakil negara.. Good luck for you jihan.. “

” Tahniah @jihanmuse .. Syukur alhamdulillah atas rezeki kelakaran dan kelawakan anda.. Teruskan selagi ia tak membelakangi keluarga.. “

” Tahniah jihan. Soo proud of you.. Semoga terus suksess.. Sentiasa mendoakan yang terbaik buat Jihan.. “

” Akhirnya piala tu milik jihan muse.. “

” Tahniah Jihan.. Akak memang layak pun.. “

” Tahniah kak @jihanmuse! Moga terus berjaya di masa akan datang.. You deserve it.. Good job!.. “

” Congrat’s kakjihan.. So proud of you.. “

” Alhamdulillah.. Tahniah @jihanmuse.. You deserve it. Stay humble.. “

Akhirnya segala penat lelah dan usaha Jihan selama ini berhasil. Bakat lawaknya di iktiraf dalam anugerah yang amat diimpi-impikan oleh pelawak-pelawak lain. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Jihan dan moga Jihan terus menghiburkan seluruh tanahair danmenjadi pelawak lagenda di masa hadapan.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jihan Muse by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..