” Cuba teka mana satu Azil, mana satu Azal.. “

Zarina Zainuddin Kongsi Gambar Azil Dan Azal Masa Kecil. Macam Kembar Seiras, Sebijik Sama. Alahai Comelnya !!

Pastinya ramai megenali pelakon Zarina binti Zainuddin . Beliau merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan namun membesar di Parit, Perak. Zarina telah berkahwin dengan Dato’ Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar sebagai isteri yang kedua pada tahun 1993. Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki.

Anak mereka bernama Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan serta sepasang kembar aut1sm iaitu Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil). Zarina sering berkongsi kisah anak kembarnya itu di media sosial.

Kebiasaannya, kisah Azal dan Azil ini selalu mendapat perhatian para netizen. Ini kerana bukan mudah untuk membesarkan anak istimewa seperti ini. Kesabaran dan sikap penyayang Zarina begitu dipuji dalam membesarkan dan mendidik mereka.

Menerusi akaun Instagram, Zarina berkongsi gambar Azal dan Azil sewaktu kecil. Beliau meminta netizen meneka mana satu Azal dan mana satu Azil. Kelihatan mereka berdua begitu seiras sekali. Cuba anda teka mana satu mereka.

” Cuba teka mana satu Azil mana satu Azal.. “

Pelbagai jawapan yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen mereka :

” Kiri Azal kanan Azil.. “

” Opss Azal awesome tu Azil.. “

” Yg awesome tu abg, opss adik.. “

” Keduanya comel.. “

” Azal kiri.. Mudah nak cam.. “

” Azal in the left, Azil in the right.. “

Alahai, comel sangat Azal dan Azil sewaktu kecil. Pastinya Zarina merindui mereka semasa mereka masih bayi. Maklumlah lumrah ibu-ibu, bila anak dan semakin membesar pastinya merindui saat mereka masih kecil. Semoga Zarina tabah dalam menjaga dan mendidik anak kembarnya ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina Zainuddin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..