” Kalut punya pasal, sampai tangan pun nak ikat safety belt.. ” – Netizen
Konon-Konon Nak Feeling Influencer Hidup ‘Have-Have’, Video Erra Fazira Buat Ramai Terhibur. Feeling Tu Dah Ada, Sekali Part Akhir Buat Ramai Berdekah. Kelakar Juga Kak Erra Kita Ni !!
Meninjau ke akaun Instagram Erra Fazira, perkongsian video terbaru Erra telah membuatkan ramai peminat terhibur. Erra merakamkan sebuah video yang mana Erra berangan ingin menjadi seorang influencer yang kaya-raya.
Penampilan Erra yang cukup cantik dan anggun dengan memakai gaun labuh berwarna putih dan bertudung biru lembut sudah cukup membuatkan ramai terpersona. Erra menuruni tangga sambil membawa beg tangan menuju ke luar rumah.
Kemudian Erra memakai kaca mata dan menaiki kenderaan di bahagian tempat duduk belakang seolah-olah Erra mempunyai pemandu untuk membawanya ke mana-mana. Tetapi sebaliknya berlaku kerana Erra tidak mempunyai pemandu.
Baru nak feeling ‘ have- have ‘ sekali kena memandu sendiri. Adoi, boleh tahan kelakar juga Erra ni. Perkongsian video Erra ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik 19 jam yang lalu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” U dah kenapa laling.. Pandai buat Lawak lani noh .. Kah kah kah drive sendiri.. kah kah kah…. kalau pakai grab tak yah drive.. tapi keta grab tak la alphard.. “
” Cantikkkkk sgt2 primadona mlysia ni.. berdiri pd kelas tsndri tnpa g0sip jah4t.. lawa baju.. Dah lawa lawa kena drive pulak.. “
” Nti I jd driver u di dunia n cuba drive u utk ke akhirat… I pun bukan pandai drive sgt tp boleh la drive u.. “
” Hehehe kelakar.. kej0t juga waahh dia tak drive.. rupanyaa.. Sentiasa nampak cantik dn Anggun.. minat dr dulu lg.. “
” Drive motor berkuasa besar pun hebat akak kita ni.. pandai melawak dahh artis kita suka ney.. Kalut punyer pasal… sampai tangan pun nak ikat safety belt.. “
” Kakak sy sorang ni mana mahu nya org lain drive kan, andai ade sbb2 tak bole dielakkan baru ade muka n tgn lain yg pegang stereng, duduk kat seat driver tuu kan kakak? “
” MasyaAllah cinderella muslimah itu benar benar wujud ek ini jam.. Kak Erra level atas lagi…. bukan kelas depa.. “
Walaupun di akhir video nampak kalut dan berpeluh kerana perlu memandu sendiri, Erra tetap nampak anggun. Tak perlu ‘ have-have ‘, yang penting pandai berdikari, hehe. Semoga Erra Fazira berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Erra Fazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..