” Kuat betul semangat anak-anak ni. Ini betul-betul manfaat masa dan tenang.. ” – Netizen

Video Anak-Anak Perempuan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Sophea Isabella Dan Sophea Natasha Membuat Aktiviti Skuba Diving Raih Perhatian Warganet. Wah Berani Betul Dua Beradik Ni. Level Confident Tinggi Macam Daddy Lah !!

Beberapa hari yang lalu, angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor ada berkongsikan video bersama isteri dan anak-anaknya menaiki pesawat kecil untuk ke Pulau Redang. Seronok semua kerana pesawat itu hanya dipenuhi oleh mereka sekeluarga.

Dato’ Dr Sheikh juga ada memberitahu, chalet banyak kosong. Begitu juga dengan restoran kerana pulau ditutup kepada semua pelancong kerana laut bergel0ra. Lagi lah bertambah keseronokannya, hanya mereka sahaja yang ada di situ.

Banyak aktiviti yang dilakukan antaranya skuba diving. Meninjau akaun Instagram Dato’ Dr Sheikh, satu video yang memaparkan anak perempuannya, Tasha dan Bella membuat aktiviti ini bersama Dato’ Dr Sheikh.

Dengan beb4n tank seberat 15 kg yang perlu dipikul di belakang badan masing-masing, Dato’ Dr Sheikh bangga dengan semangat anak-anaknya ini. Bukan semua berani untuk membuat aktiviti diving. Menikmati pemandangan dasar laut yang indah, Tasha dan Bella enjoy melakukan aktiviti ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada warganet dan ribuan tanda suka telahpun direkodkan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Wonderful achievement for the girls at a young age. We Malaysians are proud of how you, Datuk Dr & Datin Dr are bringing up your children. Its so exemplary. Congrats & all the best.. “

” Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.. ini betul2 manfaat masa tenaga. MashaAllah.. anak hebat ibu bapa hebat.. “

” Kalau perasan dr ajar anak dia berani dari kecik lg.. no wonder the girls berani buat activity mcm ni. kalau kita dr kecik lagi semua no, kemungkinan anak boleh low self esteem dan kurang berani.. “

” Their water confidence is wonderful Dr. Looking at them now makes me feel proud of them too. Brave girls.. “

” MasyaAllah .. terbaikkk tasya n bella . proud of you girls … Kuat betul semangat anak² ni.. “

” Wow excellent.. Keep up being the excellent role model to us n your own family . this makes me want to do my refresher la. lama x main air laut ni.. “

” Yr girls look very confident. MashaAllah. Alhamdullilah. Good upbringing from both parents.. “

Hebatlah Tasha dan Bella ini, kecil-kecil lagi sudah expose dengan aktiviti mencabar sebegini. Semoga percutian Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sekeluarga berjalan dengan lancar dan banyak kenangan manis dicipta kali ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheikh Muszaphar Shukor

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..