” Kalau hebat, tulis balik apa yang Ali nyanyi untuk adik dia.. ” – Saharul Ridzwan

Video Anak Saharul Ridzwan, Ali Menyanyikan Lagu Kepada Adiknya, Fateema Azzahra Buat Ramai Yang Terhibur. Lain Macam Bunyi Nyanyian Ali Tu Tapi Comel Sangat !!

Umum mengetahui bahawa pelakon Saharul Ridzwan kini sudah pun dikurniakan sepasang cahaya mata. Cahaya mata kedua telah dilahirkan pada Jun lalu yang merupakan seorang bayi perempuan telah diberi nama Fateema Azzahra.

Saharul dan isteri, Deenasudah mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun. Kehadiran Fateema menjadi pelengkap hidup rumah tangga mereka malah ia amat dinantikan oleh Deena untuk mempunyai anak perempuan.

Jika anda menjenguk ke laman Instagram Saharul, dia sering berkongsi gambar dan video gelagat anak-anaknya untuk tatapan para peminatnya. Antara entri terbaru Saharul ialah video Ali mendodoi adiknya dengan nyanyian yang agak menghiburkan.

Ini kerana bahasa yang dinyanyikan oleh Ali tidak dapat dikenalpasti dan lagu apakah yang dinyanyinya juga kurang jelas. Perkara ini membuatkan Saharul meminta peminatnya meneka lagu apakah yang dinyanyikan oleh Ali. Alahai, bagusnya Ali menjaga adik.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen cuba meneka lagu apa yang dinyanyikan oleh Ali. Antara komen-komen mereka :

” Bunyi2 nya lagu litle litle twinkle star tapi bunyi mengeja huruf ade jugak pintar abang Ali jaga adek.. “

” I love u. I love u. Baby baby wash ur hands. I love u.. “

” Ooh so sweet  sweet dreams baby.. “

” Abang Ali Nyanyi I Love you Adik .. “

” Tak pe, biar dia bhs apa pun asal dia syg adik dia, amin, Pi pi wash je yg tauu.. “

Alahai, comel jer suara Ali menyanyi. Nampaknya Ali begitu menyayangi adiknya dan boleh menjadi pembantu untuk menjaga si adik. Tapi admin pun tak tahu Ali menyanyikan lagu apa. Janji si adik layankan ajer. Semoga Ali dan Fateema menjadi anak yang soleh dan solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Saharul Ridzwan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..