” Abah Jep dah helok. Elelelelehhhh Jep malu-malu pulak.. ” – Netizen

Video Reaksi Jep Sepahtu Yang Malu-Malu Apabila Penampilan Rambut Terbarunya Dirakam Oleh Sari Yanti. Wahhh Jep Dah Pot0ng Rambut Lah. Baru Lah Handsome Bergaya Jep !! 

Pasangan Sari Yanti dan pelawak tersohor Jep Sepahtu antara selebriti yang sering mendapat tumpuan peminat. Rumahtangga mereka sentiasa kelihatan ceria bersama anak-anak mereka. Walaupun Jep ada 2 orang anak tiri iaitu anak Sari daripada perkahwinan terdahulu, namun cara layanan Jep pada anak-anak ini dipuji peminat.

Karakter Jep yang suka membuat lawak spontan tidak hanya di luar malahan juga di rumah. Jep suka mengusik Barr dan Baasit membuatkan mereka jadi akrab. Dalam melawak, Jep tidak lupa menyelitkan nasihat dan sering memberikan tazkirah serta nasihat buat anak-anaknya ini.

Beberapa bulan lalu juga, Jep menimang seorang lagi anak lelaki diberi nama Muhammad Khidir. Bertambah meriah keluarga Jep dan Sari ini. Jep yang turut bertugas sebagai penyampai radio di konti Sinar FM sering ditegur peminat kerana penampilan rambutnya yang panjang.

Sari juga turut diminta oleh peminat supaya menasihatkan Jep memotong rambutnya sejak Khidir belum lahir lagi. Ada yang mengatakan Jep bernazar menyimpan rambut panjang sekiranya Sari hamil. Namun Sari hanya menjawab samada panjang atau pendek rambut Jep, sayangnya tetap sama.

Meninjau akaun Instagram Sari Yanti, telah dikongsikan beberapa keping video yang memaparkan penampilan terkini Jep yang sudah memotong rambutnya. Jep yang baru pulang ke rumah dengan imej barunya itu di sambut Sari dan Jep tersenyum malu. Manakala video kedua pula memperlihatkan aksi Jep melayani anaknya Dariya.

Jom tonton video di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Nampak lain wajah Jep bila berimej rambut pendek begini setelah sekian lama kekal dengan rambut panjangnya itu. Muka senyum-senyum malu bila ditegur Sari tu pun, comel je suami isteri ini. Antara komen-komen peminat :

” Yeyyyy, ni baru nampak macam abah-abah. Handsome Jep.. Pepagi dh nmpk post sweet mcmni, sukaaa.. “

” Wah abah dh potong rambut. Baru la abah2 look.. Menganga2 mulut tu smbil ikat rmbut anak eh.. “

” Wahhh jep da potong rambut ler…. baruler nampak encemmm.. “

” Nampak lebih kemas dan bertambah2 seri wajah nampak muda.. “

” Abah jep dah helok. Macam back to Sepah dulu, Jep is back.. “

Alamak takde Jepirlo dah lepas ni.. Bagus Jep.. sampai rmh terus urus anak.. hencem.. ”

” Sweet sangat mama abah ni. Macam pengantin baru.. Kan helokkk tu jep, bebungo2 hati cik surihati.. “

” Elelelelehhhh Jep malu-malu pulak. Sweet sari dan jep ni.. “

” Kenapaaa la dengan Jep ni. Anak dah bertambah-tambah masih malu ya dia.. “

Baru kemas bergaya gitu Jep dengan rambut pendek. Anak sudah 2 orang pun perangai bersemut tu masih sama seperti dulu Jep dan Sari ini. Apa pun, kamu orang memang sweet couple ever. Semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinan Sari dan Jep serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sari Yanti, IG Jep Sepahtu 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..