” Itu semua doa kakak. Doa itu ajaib.. ” – Ustaz Ebit Lew

Kongsi Video Di Sabah, Tang1san Seorang Wanita Ketika Bertemu Ustaz Ebit Lew Buat Ramai Tersentuh. Alahai Seb4knya !! 

Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew cukup sinonim dengan aktiviti dakwah dan kerja-kerja kebajikan. Penceramah bebas ini mempunyai pengikutnya tersendiri. Ustaz Ebit juga mempunyai 2 program sendiri di Astro Oasis iaitu Door to Door Ebit Lew  dan A bit With Ebit di TV Al Hijrah.

Di samping menjadi penceramah bebas, Ustaz Ebit juga mempunyai perniagaannya sendiri. Ustaz Ebit mended4hkan telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama 10 tahun semasa Malaysia dalam tempoh PKP rentetan netizen mempersoalkan kekayaan Ustaz Ebit.

Atas dasar prihatin, Ustaz Ebit Lew meneruskan dakwah dengan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan  dengan memberikan sumbangan makanan, barang keperluan rumah dan kewangan. Seringkali video yang dipertontonkan mendapat pujian daripada netizen yang menghargai kegigihan Ustaz Ebit.

Semalam Ustaz Ebit ada berkongsi video tang1san kegembiraan seorang kakak di Sabah kerana tidak menyangka Ustaz Ebit  sudi bertandang ke rumahnya dan menghulurkan bantuan. Kedatangan Ustaz Ebit sedikit sebanyak mengurangkan beban yang mereka sedang lalui.

Ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew :

View this post on Instagram

Kakak ni menangis terkejut eh betul ke ustaz ebit lew. Betul ke ni. Macam mana boleh datang rumah saya. Ulang-ulang kali akak ini ulang. Ini semua doa kakak. Doa itu ajaib. Rumah kecil macam kotak kecil je. Saiz ngam-ngam je jika 5 beranak ini baring. Akak ni orang Bajau Sabah dan suaminya Dusun. Ada dapat tanah di tempat lain. Cuma belum ada rezeki nak buat rumah. Ada 5 orang anak. 3 orang tak sekolah. Dia nak ke sekolah. Saya niat nak bantu mereka untuk masuk sekolah atau madrasah. Jika berbayar insya-Allah saya akan bayarkan. Ada minta penduduk tempatan dan ngo tempatan untuk urusan itu. Tiada peti ais, tiada tilam, tiada apa-apa rumah akak ini. Saya hadiahkan peti ais, tilam, dapur, rice cooker dan duit belanja. Semoga Allah mudahkan kakak sekeluarga.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Video perkongsian Ustaz Ebit mendapat perhatian netizen. Antara komen-komen mereka :

” Teringin sgt2 nk jumpa ustaz.. Seorg manusia yg baik akhlaknya.. Semoga dipermudahkan segala urusan yea ustaz… Semoga Allah merahmati ustaz dan beroleh kesejahteraan dalam nikmat iman yang berpanjangan.. “

” Semoga Allah permudahkan urusan akak dan ustaz sekeluarga… Ustad org yang peramah Dan baik hati saya doa kan ustad sekeluarga rezeki berc0rah c0rah.. “

” May He always ease your way in helping others ustaz.. Semoga mas0k syurga tanpa h`sab… Bila sy bolh jumpa ustz… Teringin betul nak masak kan dan jamu ustaz dan isteri di rumah saya… “

” Alhamdulillah semoga dpmudahkan sgla urusan ustaz dan team… Alhamdulillah.. Murah mel1mpah rezeki ustaz.. “

” Sukaaaa banget sm ustadz ni walau saya dari Indonesia.. Sangat menginspirasi dan semoga ustadz selalu diberikan kes1hatan kes4lamatan dan keberkahan oleh Allah SWT… “

” Terima kasih ustaz ebitlew.. Kerna sentiasa prihatin dan membantu org yg k0rang berkemampuan.. Semoga ustaz diberi rezeki berlimpah r0ah.. Kerana kebaikan dan keikhlasan ustaz.. “

” Hidayah seluruh alam… Allah hantar ustaz ebitlew buat kerja dakwah… cara Nabi saw. Makin byk ustaz bg, Makin menc0rah rezeki ustaz, alhamdulillah… Berharap dapat jumpa ustaz Ebit… “

Tagline yang digunakan juga cukup dekat dengan netizen ” Allah sayang. Di sebalik ujian ada rahmat.. ” apabila netizen menonton kerja dakwahnya. Orang baik Allah sayang ! Semoga Ustaz Ebit diberikan kekuatan untuk terus melakukan misi dakwah dan dipermudahkan segala urusan.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Ustaz Ebit Lew

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..