” Pandai ehh Ayden nyanyi lagu Mansau. Cute je dengar Ayden nyanyi.. ” – Netizen

Video Ayden Adrean Mend0doi Adiknya Ara Adreanna Tidur Yang Menghiburkan. Alahai Pandainya Abang Ayden Jaga Adik. Dengan Suara Serak-Serak Basah Tu Siap Nyanyi Lagu Special Lagi Untuk Ara !!

Bella Astillah sudahpun selamat melahirkan anak keduanya seorang bayi perempuan 18 Julai yang lalu. Walaupun proses melahirkan kali ini tanpa suaminya Aliff Aziz di sisi, Bella berjaya mengh4rungi detik suk4r itu. Bayi perempuan ini dinamakan sebagai Ara Adreanna.

Anak sulung Bella, Ayden Adrean antara yang paling excited dan gembira apabila melihat adiknya ini. Melihat perkongsian Bella ketika detik pertama Ayden bertemu mata dengan Ara, jelas terpancar muka gembira si cilik ini. Iyelah sebelum ini hanya bercakap dengan adik dalam perut mommy, sekarang adik sudah berada di depan mata.

Ayden yang selalu terlihat ceria ini sangat rajin membantu Bella menjaga Ara. Sudah beberapa kali Bella kongsi di Instagram storynya gelagat Ayden yang turut sama berjaga dan bangun apabila bunyi adiknya itu menang1s. Caring dan pr0tective sungguh si Ayden ini terhadap Ara.

Meninjau akaun Instagram Ayden Adrean, telah dikongsikan satu video yang mempamerkan gelagat Ayden cuba mend0doi adiknya Ara tidur. Ayden yang menyanyikan lagu dalam loghat Sabah dendangan Adam Shamil ini telah menarik perhatian ramai. Betul-betul Sabahan bah Ayden ini yer !

Jom tonton video di bawah :

Nyanyian daripada Ayden untuk adiknya ini telah meraih perhatian dan ramai memuji suaranya itu. Antara komen-komen peminat :

” Pandainye dodoi kan adek. Dodoi adik Mansau2 ah ayden.. “

” A very Aliff Aziz husky voice la Ayden ni. Boleh masuk Big Stage nanti.. “

” Hahaha syok btl dgr ayden nyanyi.. cute btl dorg ni.. Well done Bella, tak lupa bg ayden dengar dan nyanyi lagu2 dari Sabah.. “

” Pandai ehh ayden nyanyi lagu mansau. Cute je dengar Ayden nyanyi.. “

” Sweet sangat pandai abang ayden dodoikan adik.. “

” Alolololoooo sayang anak2 daddy niiii pandainya abg dodoi adik.. ” – Aliff Aziz

” Yang penting , lagu adam shamil baa c ayden kasi dodoi adikk hehe.. “

Amboi lagu Ayden bukan kaleng-kaleng, lagu versi Sabah terus didodoinya Ara. Adik pun nampak seron0k abangnya rajin meneman. Apa pun, semoga Ayden dan Ara membesar menjadi anak yang soleh solehah dan sentiasa menggembirakan hati seluruh keluarga. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayden Adrean, IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..