” Ingatkan tengah sho0ting, sebijik sama eh.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Seorang Lelaki Lengkap Berpakaian Tentera, Ramai Ingatkan Itu Adalah Shuib Sepahtu. Wah Memang Seiras Sangat Ni, Dengan Matanya Dan Gaya Muka Serius Memang Sebijik Macam Shuib !!

Dalam dunia dikatakan ada tujuh orang yang memiliki wajah yang hampir sama. Adalah agak sukar untuk menjumpai seseorang yang betul-betul seiras dengan kita. Namun tidak mustahil jika suatu hari kita akan menjumpai ‘kembar’ sendiri.

Inilah yang dikongsikan oleh Shuib Sepahtu di akaun Instagram miliknya. Shuib telah memuatnaik gambar seorang pegawai tentera yang memiliki wajah seiras dengannya. Tidak pasti di mana Shuib memperolehi gambar tersebut namun Shuib amat ingin bertemu dengan lelaki tersebut.

Shuib telah menulis di ruangan kapsyen agar sesiapa yang mengenali lelaki ini supaya memberi tanda ‘tag’ kepada akaun Instagram lelaki tersebut. Jika hanya sekadar melihat gambar, pastinya ramai menyangkakan itu adalah Shuib.

Tidak dinafikan raut wajah lelaki tersebut sangat sama dan seiras dengan Shuib. Perkongsian gambar ini telah menerima lebih 17 ribu tanda suka dan ratusan komen dalam masa tidak sampai 1 jam ia dimuatnaik.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, sememangnya ramai menyatakan wajah lelaki ini sama dengan Shuib. Antara komen-komen yang diberikan :

” Yang belakang tu mcm Apex Khairul Fahmi Che Mat.. Haha.. sebijik Baca caption baru tahu ni bukan shuib.. “

” Dgn mate nye dgn gaya muka nye sebiji shuibbb.. Shuib g per4ng, tetap menang… sebab belum apa2 lagi, mus0h surender tak tahan gelak… hihi.. Gurau.. “

” Tuan, Awk diam2 join Malbatt ek.. Ingatkan ade berlakon filem ke ape …. mmg sebijikkkk, Hahahaha.. Ingat belakon cerita prebet lapuk.. “

” Ingatkan tgh sho0ting Abang Long Fadil 4 tadi.. Sama eh… time muka serious.. pegawai navy ni abg shuib.. “

” Laaa… Sebijik ¬†Ingatkan edit.. Bagus la shuib masuk malbatt. Jgn mus1bat sudah.. Tak pakai spek tadi aku ingat kamuuu.. Bila pakai haaaa.. “

” Mesti dye masuk sbb ramai lelaki.. handsomenya abang tu.. ¬†Sebijikkkk Cuma misai dia lagi tebal hahaha.. “

” Eh yela.. tapi ni lagi g4nas.. tolong bgtau kawan tu shuib cari diaaa , kembar terp1sah barangkali .. Ingat kelakar rupanya gar4ng ooo.. “

Nampak seperti Shuib sedang melakukan penggambaran pula kan. Semoga suatu hari nanti Shuib dapat bertemu dengan lelaki di dalam gambar tersebut. Agak-agaknya apabila berhadapan pastinya nampak seperti kembar kan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..