” Rajinnya Rina mengelap, sampai Omma pun kena lap juga. Haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Maryam You Narae Mengelap Lantai. Alahai Betul-Betul Yang Paling Busy Dalam Rumah Ni. Sampai Tert0nggeng-T0nggeng Rina, Habis Semua Benda Dia Lap. Dengan Omma Sekali Kena Lap, Rajin Sangat Ni !!

Nik Rina You nama yang diberikan untuk anak kepada Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim. Telatah Rina yang telah pun setahun usianya ini seringkali menarik perhatian ramai. Sudahlah berwajah comel, perang4i pun kelakar sama seperti Maryam dan Ryzal.

Bayi yang suka tersenyum dan gemar makan, banyak video Rina dikongsikan di media sosial milik Maryam mahu pun Rina sendiri. Meninjau akaun Instagram Maryam You Narae, satu video baru Rina dimuatnaik sejam yang lalu.

Dalam video ini, kelihatan Rina sedang asyik mengelap lantai di ruang tamu rumah. Bukan main lagi rajinnya si kecil ini. Dengan sehelai kain kecil di tangannya, bukan sahaja lantai yang dilap, cermin dan sofa juga habis Rina lap.

Kata warganet, Rina mengikut perang4i orang Korea yang sukakan kebersihan dan kekemasan. Dengan Maryam sekali pun Rina lap sam, hehe. Ad0i lah Rina, senang kerja Omma ada anak rajin seperti Rina ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telahpun meraih ribuan likes daripada warganet . Antara komen-komen mereka :

” Sifat orang Korea yang suka mengelap rumah. Si Rina walaupun dilahirkan di Malaysia, terselit sifat rajin orang Korea.. “

” Alahai comelnya tengok Rina lap lantai, sampai Omma nya pun kena sapu sekali ni haha.. rajin rajin.. “

” Besar nanti rajin dia tolong omma kemas rumah. Rina anak yang rajin tak payah suruh dia dah tolong, comel sangat.. “

” Kecil2 da rajin, besar2 mesti jadi cantik and baik macam cinderella. Rajinnya dia, mesti sebab selalu tengok omma buat ni.. “

” Rina seriously, aigoo comel sangat. Rajin Rina ni, bijak pulak tu. Kecik kecik dah rajin tolong mommy.. “

” Rajinnya Rina mengelap, boleh jadi menantu pilihan ni. Lps lap lantai dia nk lap sliding door tp tak jadi sbb main curtain tu then lap sofa pula. rajinnya dia.. “

” Rajin anak dar4 Ryzal dan Maryam ni. Sampai omma pun di lap juga haha. Cinderella in real life haha.. “

Bagusnya Rina, kecil lagi sudah tahu menjaga kebersihan rumah. Boleh goyang kaki lah Omma nanti. Gaya mengelap tu cute sangat lah Rina. Semoga Rina rajin sebegini sampai besar dan selalu menyenangkan hati omma dan daddy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maryam You Narae

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..