” Hensem, sado, pandai masak, pandai mengaji, pandai baca Quran. Perfect.. “

Video Coach Yin Tunjuk Kebolehan Menulis Tulisan Khat. Wahhh Berseni Rupanya Coach Yin Ni, Cantik Sangat Hasilnya !! 

Nama Coach Yin bukan nama asing bagi pengikut laman sosial khususnya di Instagram. Coach Yin merupakan seorang pembekal supplement dan alat-alat gym. Coach Yin atau nama penuhnya Mohd Tishrin bin Mohd Adanan adalah anak kelahiran bumi Kelantan.

Dilahirkan pada tanggal 8 april 1993, pemuda berbadan sado ini mula bergiat dalam sukan badan cantik pada 2014 yang lalu. Beliau merupakan ahli kelab di bawah naungan Team Fitness Republic Kota Bharu. Pernah menyertai pertandingan bina badan Mr Kelantan 2016 dan berjaya terpilih sebagai top 10 finalist.

Terdahulu kec0h diperkatakan tentang hubungannya bersama pengasas kosmetik popular Nur Sajat namun semuanya hanya menjadi lipatan sejarah dalam hidup beliau. Kini beliau lebih selesa bergerak solo dan sibuk menguruskan restoran ABAH.

Menerusi akaun Instagram, Coach Yin telah berkongsikan satu rakaman video di mana kelihatan beliau sedang menunjukkan kebolehannya menulis tulisan khat. Wah tak sangka cantik sungguh tulisan khat coach Yin. Tengok badan gagah perkasa tak sangka tulisan berseni betul.

Jom tonton video di bawah :

” Ni kalau ada pen khas untuk tulisan khat lagi best … “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Serba boleh…. Semoga Dipermudahkan di masa akan datang coach.. “

” Kemas dan cantik tulisan awak coach_yin.. “

” 1st time aku like post ko abang yin. Memang yang menarik.. “

” Hensem… Sado… Pandai masak… Pandai mengaji.. Pandai baca quran… Perfect.. “

” Sisi lain coach yangg membanggakan.. “

” Berseni tangan… Geng kidal.. “

Tak sangka cantik berseni tulisan abang sado ni. Dah boleh bukak order ni Coach Yin. Betul lah kata pepatah don’t judge the book by it’s cover. Sisi lain Coach Yin yang hebat sekali. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Coach Yin akan berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi dan semoga berbahagia selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Coach Yin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..