” Comelnya cucu Agong. So adorable.. “

Gambar Cucunda Yang Di-Pertuan Agong, Tengku Zayn Edin Shah Cur1 Perhatian Netizen Ketika Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat di Istana Negara..

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019. 
Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara.

Baginda telah memdirikan rumah tangga bersama puteri ketiga kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Pasangan diraja ini mempunyai 9 orang anakanda.

Yang di-Pertuan Agong (YDP Agong), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar sinonim dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat serta berjiwa rakyat.

Menerusi perkongsian di Instagram Istana Negara, telah berkongsi gambar Yang di-Pertuan Agong (YDP Agong), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar bersama Cucunda Baginda Tengku Zayn Edin Shah.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

” 30 Januari 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama Cucunda Baginda Tengku Zayn Edin Shah sewaktu berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat di Istana Negara semalam .. “

Rata-rata netizen telah memuji Cucunda KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Baginda, Tengku Zayn Edin Shah yang kelihatan sangat comel. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Your Highness . Cute cucu .. “

” Tengku Zayn so adorable .. “

” Comel nye cucu Agong… Abg ger4m .. “

” Cumilnyeeee mungkin cucu tuanku sebaya baby boi sy.. “

” Mashallah nice .. “

” Moga tuanku skeluarga sntiasa dlm perlindungan Allah taala.. Aamiin .. “

” Allah …. Raja berjiwa rakyat Alhamdulillah…. Aamiin .. “

Comelnya Tengku Zayn Edin Shah. Untuk pengetahuan, Tengku Zayn Edin Shah adalah anakanda kepada Puteri Seri Paduka, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga keluarga Diraja ini sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah swt. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Istana Negara, Tengku Puteri Iman Afzan by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..