” Kesiannya kat hang.. “

Dato’ Rizalman Kongsi Posting Lucu Buatkan Sesiapa Sahaja Membaca Pasti Terhibur. Alahai.. Tak Tahu Nak Ketawa Atau Kesian Dah Kalau Macam Ni Gayanya !! 

Dato’ Rizalman Ibrahim, satu nama yang tidak asing lagi di kalangan para penggemar fesyen. Seorang yang sangat terkenal dengan karya seni rekaan bercita rasa tinggi serta kreatif. Sering menjadi pilihan golongan kenamaan mahupun atasan yang sentiasa percaya dengan kepakarannya.

Berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Seni Lukis Dan Seni Reka (Fesyen) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).Beliau merupakan anak bongsu daripada tujuh adik beradik dan berasal daripada Georgetown, Pulau Pinang. Kini Dato’ Rizalman berusia 49 tahun.

Dato’ Rizalman telah memulakan jenama sendiri menerusi nama ‘Rizalman Ibrahim’ pada tahun 1995. Kini beliau bergelar pemilik Glam Casa, Glam Reka, Glam Weddings dan The RI Maison by Rizalman. Dato’ Rizalman selayaknya digelar ‘guru’ dalam industri fesyen tanah air kerana ilmu serta kebolehan luar biasa yang dimilikinya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dato’ Rizalman ada memuatnaik satu mesej yang telah diterima oleh beliau dari seseorang. Mesej tersebut dikatakan ada seorang netizen telah datang awal di hadapan butik Dato’ Rizalman untuk membeli beg keluaran edisi terbaru.  Untuk pengetahuan, semalam adalah hari pembukaan jualan secara online beg keluaran beliau atau jenama nama Rizalman.

Ikuti perkongsian Dato’ Rizalman di bawah ini :

” Kesiannya kat hang.. Hang ingat hang paling awai sampai .. “

Hasil carian kami, Dato’ Rizalman telah menutup ruangan komen bagi posting ini.

Kesian betul kat dia, mungkin dia tak paham kot tentang cara pembelian terkini beg edisi terbaru Dato’ Rizalman. Tapi dalam rasa kesian, min rasa terhibur la pulak dengan cara Dato’ Rizalman tulis. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak memdoakan semoga segala urusan Dato’ Rizalman dipermudahkan selalu. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Rizalman by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..