” Helok benar duda dengan janda ni ye. Jodoh aci tak korang ? “

Terima Komen Daripada Netizen, Tak Sangka Ini Respon Nazim Othman !!

Siapa tidak kenal pelakon kacak Nazim Othman. Anak kelahiran Labuan ini diberi nama Nushrul Alif bin Othman dan dilahirkan pada 16 September 1984. Memiliki ketinggian 1.80 meter, Nazim pernah bekerja sebagai pramugara di syarikat Penerbangan Malaysia ( MAS ).

Kerjaya seninya dimulai sejak awal tahun 2008 di mana beliau menjadi pelakon, model, pengacara dan penyanyi. Setelah membintangi drama bersiri Dejavu Di Kinabalu, Kau Yang Terindah dan Sangkar, namanya mula melonjak naik dan menjadi buruan produser.

Nazim pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon Bella Dally pada 10 September 2016 namun sayangnya ikatan suci itu tidak mampu bertahan dan mereka akhirnya memilih untuk berp1sah pada 17 Mei 2018. Dari detik itu sehingga kini Nazim berstatus single dan masih belum lagi bertemu calon pengganti.

Menerusi akaun Instagram, Nazim Othman telah berkongsikan sekeping gambarnya bersama aktress cantik, Fatin Afeefa. Mereka yang kelihatan mesra dan sangat erat hubungannya membuatkan peminat sering menyangkakan mereka dilamun cinta. Nampak serasi sangat!

Jom baca kapsyen di bawah :

” Kami diperhatikan wanita misteri.. ” 

View this post on Instagram

Kami diperhatikan wanita misteri .

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Si cantik dan si tampan… Saya sokong.. Semoga abang Nazim dengan kak fatin afeefa berjodoh.. I love both of you.. “

” Wow ! Sis dah terbau nasi minyak laa.. “

” Entah-entah Couple ape dia orang ni.. Mana tahu kan.. “

” Habis laa putera kayangan . Puteri kayangan dah turun ke bumi.. “

” Merpati dua sejoli.. “

Namun komen dari peminat ini mendapat respon daripada Nazim dan jawapannya buat netizen geli hati :

Memang nampak sepadan Nazim dan Fatin Afeefa ni. Kalau betul sedang menjalin hubungan cinta, moga-moga sampai ke jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Nazim dan moga dipertemukan dengan puteri kayangan yang diimpikan nanti. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nazim Othman by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..