” Kita tidak akan selamanya terus begini.. “

Kata-Kata Ungkapan Ardell Aryana Untuk Suaminya, Nadzmi Adhwa Buat Ramai Sebak. Ayat Last Tu Paling Sedih, Seperti Sesuatu Sangat. Semoga Dipermudahkan Urusan Mereka…

Ardell Aryana atau lebih dikenali sebagai Nurul Hidayah binti Mohd Amin merupakan seorang pelakon, pengacara dan model. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2013. Antara drama yang dibintangi oleh beliau ialah Baby Ana Milik Siapa ?, Asam Pedas Untuk Dia dan Anakku Diva.

Ardell juga pernah membintangi filem Dorm Melati dan Surf This Love. Dahulunya Ardell pernah digelar sebagai seorang pengk1d kerana pemakaian dan penampilannya yang berambut pendek. Namun, Ardell secara rasminya memakai hijab sepenuhnya pada pertengahan tahun 2017. 

Ardell disahkan mengh1dap k4nser tahap 3 pada lewat Jun 2018. Pada 1 September 2019, Ardell sah menjadi isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa dan selamat diijabqabulkan di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor. Mereka berdua mulai rapat selepas bertemu dalam drama bersiri Namaku Bed4h pada tahun 2015.

Menerusi akaun Instagram, Ardell berkongsi kata-kata indah buat suaminya, Nadzmi. Ardell mengungkapkan kata-kata ini sebagai tanda ingatan buat Nadzmi kepadanya kerana bagi Ardell kebahagiaan dan kemanisan hidup pasti ada pengakhirannya.

” Kita tidak akan selamanya terus begini bermain dan tertawa bersama, bila tiba saat nya nanti kita pasti akan terp1sah .. tapi doa dan bekalan amalan inshAllah akan menemukan kita semula. Soon , awak akan jadi seorang ayah pada malaikat kecil yang akan beri sinar dalam hidup awak dan kebahagiaan pada awak.. “

” How time flies .. awak dah semakin dewasa & semoga terus dewasa Wawa. Alhamdulillah, may Allah bless you always ! Moga Allah murahkan rezeki awak , beri kesihatan yang baik pada awak, dan moga awak bahagia sampai bila2 :’).. “

” Mungkin video ni akan buat hati awak terubat sikit bila ingat Tentang KITA satu hari nanti . Terima kasih  wawa ! “

View this post on Instagram

🙂 Kita tidak akan selamanya terus bergini bermain dan tertawa bersama, bila tiba saat nya nanti kita pasti akan terpisah .. tapi doa dan bekalan amalan inshallah akan menemukan kita semula. Soon , awak akan jadi seorang ayah pada malaikat kecil 👶🏻yang akan beri sinar dalam hidup awak dan kebahagiaan pada awak , How time flies .. awak dah semakin dewasa & semoga terus dewasa Wawa 👨🏻‍🦱 . Alhamdulillah, may Allah bless you always ! Moga Allah murahkan rezeki awak , beri kesihatan yang baik pada awak , dan moga awak bahagia sampai bila2 :’) . Mungkin video ni akan buat hati awak terubat sikit bila ingat Tentang KITA satu hari nanti 😆 .Terima kasih 🕊 wawa !

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Rata-rata netizen berasa sedih dan sebak dengan kapsyen Ardell ini. Antara komen-komen mereka :

” Sedih pulak baca caption Ardell.. Semoga korang bahagia hingga ke jannah… “

”  Nangis baca caption ni.. “

” Alaa sedihnya. Semoga berbahagia Till Jannh.. “

” Kenapa caption kak Ardel mcm hm sedihlahh.. “

” Ayat last tu.. hmm sedih.. “

” Kenapa caption cam lain je.. “

” Knape ayat ni mcm lain.. moga anda berdua kekal sampai syurga.. moga ardell kuat.. selamat melahirkan ank nanti.. Aamiin “

Ini pula respon daripada Nadzmi :

Ramai netizen tertanya-tanya dengan kapsyen Ardell yang begitu menyentuh hati ini. Kita doakan yang baik buat mereka. Semoga Ardell diberi kesihatan yang baik sepanjang menjalani tempoh mengandung dan dipermudahkan segala urusan sehingga sampai saat untuk melahirkan nanti. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ardell Aryana by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..