” Yang ambik video ni jurukamera Melodi ke sis. Bergegau gegau, comel lah.. “

Video Aksi Adeena, Anak Sharifah Shahira Merakamkan Mamanya Buat Review Baju Preloved Buat Netizen Ketawa Berdekah. Amboi Bukan Main Cara Sho0t Tu. Kreatif Cenggituuuu !!

Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau pun lebih dikenali dengan nama Sharifah Shahirah bukanlah nama baru di dalam industri hiburan. Mesra dipanggil sebagai Shiera, beliau adalah pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio terkenal di kalangan peminat-peminat.

Shiera mula mencipta nama bermula tahun 1993 yang mana sezaman dengan pelakon Didie Alias, Nina Juren, Rusdi Ramli dan ramai lagi. Melalui sitcom Ada Ada Aje nama Shiera diangkat sebagai Aktress Komedi TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa.

Shiera telahpun berkahwin dengan aktor Ijoy Azahari pada 2003 setelah jatuh hati ketika sama-sama membintangi siri komedi Mat Despatch. Perkahwinan ini memberikan mereka 4 orang cahayamata diberi nama Airel, Airra, Audra dan Adeena.

Menerusi akaun Instagram, Shiera telah berkongsikan video di mana beliau sedang menunjukkan koleksi baju preloved yang akan dijual untuk program charity. Namun yang menjadi perhatian peminat adalah gaya anaknya Adeena merakamkan aksi mamanya itu. Terpusing-pusing gambarnya, kelakarlah Dey Dey ni!

Jom tonton video di bawah :

” Anak lain takde tinggal yang 3 tahun je suh amik video. Sabtu ahad google rumah tangsi sebab tu lokasinya. Kat lake garden ramai artis jual baju murah-murah. Kat sana.. Untuk charity.. “

” Jomlaa sabtu ahad ni… Yaaaa.. Dari 1ringgit I jual sampai 250. Bawak seratus macam-macam dapat. Nak raya kan. Baju budak pun i jual. Nanti sambung part 2.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Kena bagi dey dey komisen 25 percent.. Pandai dia… Senang kerja dengan budak 3 tahun tak banyak songeh.. “

” Yang ambik video ni jurukamera melodi ke sis ?.. “

” Hihi.. Jadilahhhh… Boleh gak diharap… Walauponnnn.. “

” Cerdiknya didi… Pandai dia.. “

” Alahaiii begegau gegau comel lah dey dey.. “

” Belas4h je la Mama oooiiiiii… Kejap atas kejap bawah.. “

” Pandaila Dey Dey mama tak yah pakai cameraman dah.. “

Alahai Dey Dey bijak juga cara shoot video macam ni. Kreatif pun ye walaupun kelakar. Janji nampak baju-baju mama tu. Kelakar dah macam mamanya. Terhibur betul dengan telatah Dey Dey ni. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga keluarga Shiera sentiasa di bawah lindungan Allah dan berbahagia selalu hendaknya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shiera Ijoy by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..