” Hebat pintar fasih 7 bahasa.. “

Video Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun Yang Boleh Bertutur Dalam 7 Jenis Bahasa Menarik Perhatian Netizen. Bukan Itu Sahaja, Beliau Juga Mampu Menjawab Soalan Yang Diajukan Dengan Tepat. Wah , Bukan Biasa-Biasa Ni !!

Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung sejak zaman dahulu lagi. Dalam mendepani era gl0balisasi ini, kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada seseorang.

Tanpa kemampuan dan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa, agak sukar seseorang untuk berkomunikasi khususnya dengan individu yang berlainan bangsa. Oleh itu, banyak kepentingan akan diperolehi oleh seseorang dengan menguasai pelbagai bahasa lain selain bahasa ibunda.

Kebaikan menguasai pelbagai bahasa ialah seseorang lebih mudah untuk berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain. Ini kerana seseorang akan lebih berkeyakinan untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja. Dengan menguasai pelbagai bahasa kita mudah berkomunikasi dengan lebih berkesan untuk bertukar fikiran serta maklumat antara satu sama lain.

Menerusi akaun Instagram, satu video telah dikongsi mengenai seorang kanak-kanak yang berusia 4 tahun yang mampu memahami dan bertutur dalam tujuh jenis bahasa iaitu bahasa Inggeris, Spanish, Arab, Perancis, Jerman, Cina dan Rusia. Bukan itu sahaja, beliau juga boleh menjawab soalan yang ditanya dalam pelbagai bahasa itu dengan tepat sekali.

Tonton video di bawah :

” Hebat pintar fasih 7 bahasa .. “

Kehebatan kanak-kanak tersebut mendapat pujian daripada netizen. Antara komen-komen mereka :

” Sepanjang saya belajar bahasa ada satu subjek tu mengatakan fasa kanak2 adalah fasa dimana dia umpama span yang menyerap segala apa dia dengar dan nampak dia akan cepat tangkap, parents2 yang nak anak belajar bahasa galakkan mereka belajar pada umur seawal 5 tahun. “

” MashaAllah.. Ank yg cerdik.. Cerdas.. Smga ilmu yg diperolehi ini membawa manfaat pdnya.. dn membawa kebaikan pdnya dn smua org.. “

” Amazing and gifted.. “

” Pandainyerr dia.. “

” Cerdas minda budak ni.. “

” Bijaknyer.. “

Wah, kagum rasanya apabila melihat kehebatan kanak-kanak tersebut. Bukan mudah untuk mempelajari 7 jenis bahasa sekaligus. Selain itu, beliau juga mempunyai IQ yang bijak kerana boleh menjawab segala soalan yang ditanya. Sememangnya kanak-kanak ini seorang yang bijak dan gen1us.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Resipi Kampung by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..