” Selagi korang tak mer0mpak mencur1, berjual lah walaupun hanya di tepi jalan.. “

Dato’ Aliff Syukri Borong Habis Jeruk Peniaga Jalanan Sebagai Pembak4r Semangat Untuk Peniaga.. Bagusnya Dato’ Pemurah Amat !!

Siapa tak kenal Dato’ Aliff Syukri. Usahawan paling berjaya dan memiliki empayar perniagaan yang bukan sahaja di Malaysia, malah melebar ke negara2 jiran. Mula dikenali dengan produk D’Herbs dan terkini mengasaskan AS Legacy. Selain bergelar usahawan, Dato’ Aliff juga aktif sebagai penyanyi dan pelakon.

Bagi yang mengikuti pekembangan Dato’ Aliff, pastinya mengetahui kisah pah1t manis beliau membina perniagaan nya itu. Semangat untuk berniaga mula terdetik di hatinya apabila melihat kawan2 lain hidup senang. Kesemp1tan hidup ini membuatkan Dato’ Aliff tekad untuk mengubah masa depan.

Pernah meniaga bukan sahaja hanya dari rumah ke rumah, Dato’ Aliff juga menjaja barang jualannya dari pejabat ke pejabat, malah juga di jalanan. Mula dari kesemp1tan akhirnya berjaya membina empayarnya tersendiri. Tidak hairan lah Dato’ Aliff tidak segan silu membantu peniaga2 kecil dan jalanan.

Menerusi akaun Instagram, Dato Aliff berkongsi video memaparkan mengenai beliau membeli  ke semua jeruk yang dijual oleh seorang peniaga jalanan . Beliau juga menyifatkan bahawa rezeki yang dicari di tepi jalan lebih berkah dari orang yang hanya mengharapkan bantuan tanpa berusaha sendiri. Beruntunglah peniaga tersebut barang jualannya habis diborong !!

Jom tonton video dibawah :

” Borong semua buah jeruk jualan tepi jalan.. Org melayu yang gigih berniaga yang patut kita banggakan.. Siapa selalu nampak orang niaga macam ni??.. “

” Dulu abang pernah menj4jah macam ni… Abang tahu macam mana rasanya berniaga macam ni kalau tak laku betapa sedihyee.. Sebab tu abang borong semuanya.. “

” Kalau korang nak tahu macam mana akhirnya.. Apa rasa jeruk ni.. Pergi tengok dekat YouTube tv Telajak laris abang dah posting.. “

” Kalau korang nak tengok video yang lebih panjang dan nak tahu berapa harga hadiah ni… Dan macam mana reaksi isteri abang?? .. Korang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris abang dah posting dekat sana cepat pergi tengok.. “

Rata-rata netizen memuji sifat pemurah Dato’ Aliff Syukri. Antara komen-komen netizen :

” Dato ni baik hati murah rezeki Dato anak beranak ramai doakan family Dato, amin.. “

“Terima kasih Dato bagi semangat.. Semoga dato dilimpahi rezeki.. “

” Terbaik Dato.. Thanks sebab bagi semangat.. Semoga Allah s.w.t murahkan lagi rezeki Dato sekeluarga.. “

” Terbaik Dato.. Respect.. “

” Terharu saya dengar kata2 Dato’.. Sangat memberi inspirasi.. “

” Betul Dato.. Ibu saya pun selalu pesan, jika ternampak orang meniaga di mana2 dan nampak jualannya kurang laku, pergilah beli sekadar yg kita mampu. Gembirakan hatinya. Semoga Dato dan kesemua mereka yang pemurah dikurniakan rezeki yg melimpah ruah, amiinn.. “

” 1st time saya suka video Dato dan terharu. Good job Dato.. Semoga Allah murahkan lagi rezeki Dato.. “

” Dato Aliff sangat baik semuga pahala Dato digandakan oleh Allah swt aamin… Aamin.. “

” Love you Dato dengan apa yang Dato buat… Memberi sokongan kepada orang lain berniaga.. “

Terpuji betul tindakan Dato’ Aliff Syukri kan.. Bukan sahaja membantu peniaga2 jalanan malah diberi lagi nasihat dan semangat untuk terus berusaha mencari rezeki yang halal. Kami di berita kopak mendoakan semoga Dato’ sentiasa di murahkan rezeki dan terus memberi inspirasi kepada semua.. Aamin.

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri , Youtube TV Terlajak Laris by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..