” Happynya dia. Dia tak tau ke lepas ni dia dah kena gari ? “

Ain Edruce Kongsi Gambar Sekitar Majlis Perkahwinannya. Wahhh Cantiknya Ain !!

Pelakon dan pengacara terkenal Ain Edruce telah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan yang bernama Amirul Hafiz Mustaffa pada malam tadi. Majlis Akad Nikah itu berlangsung di Quill City Mall dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua bel4h pihak.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM888 dan juga tiga dulang hantaran dan berbalas lima. Namun begitu, atas pemintaan keluarga jumlah wang hantaran pasangan merpati dua sejoli ini dirahsiakan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Terlebih dahulu model tinggi lampai yang berusia 27 tahun ini telah mengadakan majlis mandi bunga dan upacara berinai pada malam sebelumnya. Perkongsian gambar-gambar pada majlis berkenaan turut mendapat perhatian dan pujian daripada peminat.

Menerusi akaun Instagram, Ain berkongsi beberapa gambar sekitar Majlis Perkahwinannya. Kelihatan Ain dan suaminya mengenakan busana berwarna putih yang cukup indah. Apa yang menariknya, kapsyen yang dimuatnaik oleh Ain buat ramai yang terhibur. Amboi nak gari yer. Hehehe..

” Happy nya dia. Dia x tau ke lepas ni dia dah kena gari ? “

Rata-rata peminat terhibur dengan kapsyen yang dimuatnaik oleh Ain. Antara komen-komen peminat dan rakan selebriti :

” Gari, congratulations @ainedruce and partner ! May Allah shower you both with happiness and blessings.. “

” Tahniah ain.. Happy wedding day ! “

” Tahniah kak ain , pape pun jgn pen1ng ii sngt due ii tu hahaha.. “

” Caption win ! congratulations barbie doll.. “

” Asudah apa dh jadi ni. Hahaha… “

” Haha..funny dikk ayat gari tu .. @ainedruce.. “

” Happy for you kak ain. My two favourite YouTuber dah kawen.. “

” @ainedruce tahniah akak ain #selamatpengantinbaru #stilljannah Yang benar peminat Kak ain edruce.. “

Di bawah kami di Berita Kopak akan kongsikan dengan anda beberapa lagi gambar yang dimuatnaik oleh Ain di Instagam miliknya :

Alahai sweet je Ain dan suaminya kan ? Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Ain dan suami. Semoga dikurniakan rumahtangga yang Sakinah Mawaddah waRahmah. Selamat melayari alam rumahtangga dengan penuh barakah. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ain Edruce by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..Â