Penampilan Terkini Bekas Vokalis Kumpulan Saujana Yang Popular Suatu Ketika Dahulu.

Khairul Idzwan Kini Merupakan Doktor Pakar Dan Wajahnya Sangat Berbeza Dengan Yang Dulu. Wah, Hampir Tak Kenal !!

Masihkah anda ingat dengan kumpulan Saujana yang popular suatu ketika dulu ? Saujana merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia dan ia ditubuhkan pada April 1997. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid berbahasa Melayu, Arab dan Inggeris.

Anggota-anggota asal kumpulan Saujana berasal dari sebuah kumpulan nasyid sekolah, All For Ummah dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Mereka ialah Azalinor, Suffian, Hakimi, Idzwan dan Faizul. Kini kumpulan Saujana sudah lama menyepi apabila masing-masing menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Bekas vokalis utama kumpulan ini iaitu Khairul Idzwan kini sudah bergelar doktor pakar. Penampilannya kini jauh berbeza dengan dahulu di mana dulu beliau sering berkopiah.  Majoriti kesemua bekas ahli kumpulan saujana ini berjaya dalam bidang masing-masing.

Menerusi akaun Instagram, Dr. Idzwan berkongsi gambarnya bersama bekas ahli kumpulan UNIC iaitu Fitri Haris. Menurutnya, Fitri kini sudah bergelar Doktor kerana sudah tamat pengajian PHD nya. Wah, hebat sungguh kedua-duanya. Antara artis yang patut dicontohi.

” Since tak boleh nak comment kat sana (restr1cted comment), kita repost sini lah  – Of course kita ingat ! Sang juara yg hebat menyanyi but same time sgt lah humble, peramah and funny !  “

” Suka dgr dia membebel2, haha  Big congratz for all the success and all the best Dr @fitriharisofficial Stay awesome.. “

Rata-rata peminat begitu gembira mendengar kejayaan kedua-dua bekas penyanyi nasyid ini. Antara komen-komen mereka :

” Dua² vokalis hebat & berjaya dlm kehidupan masing². Idola.. “

” Suka tgk sb semua berkumpul semula.. “

” My all time favourite singers in one picture.. “

” UNIC member right ?! Nampaklah berbeza wajahnya.. “

” Dua2 dr. n dua2 jd kesayangan ramai.. btw tahniah dr @fitriharisofficial “

Lagi gambar terkini Dr. Idzwan :

Pastinya ramai tidak menyangka bahawa mereka boleh berjaya walaupun dahulu aktif dengan nyanyian sejak dari zaman sekolah lagi. Kejayaan mereka boleh menjadi inspirasi kepada ramai di luar sana. Semoga Dr. Khairul Idzwan lebih berjaya dalam bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr. Khairul Idzwan by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..