” Budak Ecah ni tak pernah tak cantik. Dah macam princess.. “

Gambar Aaisyah Dhia Rana Jadi Perhatian Netizen Di Majlis Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan Che Ta Dan Zain Saidin. Amboi Ecah, Melaram Sakan Naaaa..

Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin baru-baru ini telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke enam tahun. Pasangan ini telah berkahwin pada 13 Disember 2013.  Pernah mencatat sejarah apabila perkahwinan mereka telah menerima tajaan berjumlah 13 juta.

Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan ‘ Che Ta ‘ . Sering kali memuat naik foto menerusi laman media sosial tentang gaya baju yang cantik sering mendapat perhatian orang ramai.Terdahulu, sebelum menceburi bidang lakonan, Rozita Che Wan merupakan seorang pramugari.

Beliau pernah menyertai penerbangan Malaysia (MAS) pada 1992 dan bertugas selama tiga tahun. Beliau cukup dikenali menerusi drama Kiah Perkasam ” yang berjaya meletakkannya sebagai seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari.

Sudah menjadi satu impian buat Che Ta untuk mendapat anak perempuan, memandangkan beliau sudah mempunyai dua orang anak lelaki sebelum ini hasil perkahwinan terdahulu. Akhirnya pasangan ini  dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 5 tahun.

Menerusi instagram milik Che Ta, gambar-gambar yang telah diambil ketika majlis ulang tahun perkahwinan beliau,  anak perempuan Che Ta iaitu, Aaisyah menjadi perhatian umum kerana Aaisyah kelihatan begitu comel dan cantik dengan mengenakan pakaian gaun.

Baca perkongsian tersebut di bawah :

” 6th years wedding anniversary.. “

” #zsrcw #cheta #rozitachewan #rcw #zainsaidin #6thanniversary #11/12 .. “

Rata-rata netizen telah memuji akan kecomelan anak perempuan Che Ta, Aaisyah Dhia Rana. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Baju dia… Winnnn sgt.. “

” Queen & Princess.. “

” Amboi cantiknya both cam anak patung la.. “

” Cantiknya.. Anak kami sebaya ecah ni. Suka nau dia tgk ecah. Especially bab fesyen ecah.. “

” Cantik nyaa.. Aisyah.. “

” Aishah aishhh comel betul buat muka gitu.. “

Di bawah ini kami di Berita Kopak kongsikan dengan anda beberapa lagi gambar Aaisyah di majlis tersebut :

Amboi Ecah… Segaknya! Tak pernah tak comel. Che Ta ni memang betul-betul lepas ger4m melar4m kat anak perempuan dia ni. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke enam buat Che Ta dan pasangannya Zain Saidin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..