” Happy Birthday Malaysian sweetheart Dato’ Siti Nurhaliza.. “

Datuk Seri Khalid Jiwa Buat Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran Buat Isteri Tersayang, Dato’ Siti Nurhaliza. Sweetnya.. Berbunga-Bunga Hati Tengok Tokti !!

Siapa tidak mengenali penyanyi tersohor nombor satu Malaysia, Dato Siti Nurhaliza Tarudin. Anak jati negeri Pahang ini dilahirkan pada tanggal 11 Januari 1979 di Kampung Awah Temerloh. Merupakan penyanyi dan usahawan berjaya, nama Dato Siti Nurhaliza sentiasa meniti di bibir peminat.

Beliau telahpun berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berjaya bernama Datuk Seri Khalid Jiwa pada 21 Ogos 2006. Semenjak penglibatannya di dalam dunia hiburan, Dato Siti sememangnya terkenal sebagai artis yang bersih dari sebarang kontr0versi.

Pernikahan Dato Siti bersama suaminya Datuk K mendapat liputan hang4t kerana status Datuk K yang bergelar duda. Ramai peminat pada awalnya tidak dapat menerima pemilihan Datuk K sebagai suaminya, namun mereka membuktikan bahawa perkahwinan mereka sememangnya membahagiakan.

Menerusi akaun Instagram, Dato Siti Nurhaliza telah berkongsikan gambar di sekitar sambutan ulangtahunnya yang mana dirancang oleh suaminya Dato Seri Khalid Jiwa. Yang menarik adalah kapsyen Dato Siti kepada Datuk K yang penuh dengan kasih sayang. Sweetnya pasangan ni!

Jom baca kapsyen di bawah :

” Alhamdullillah.. Suami buatkan majlis istimewa malam ini.. Terima Kasih suamiku sayang… “

” Terima kasih sayang.. ”

View this post on Instagram

Terima kasih sayang..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Rata-rata netizen gembira melihat kebahagiaan pasangan ini. Antara komen-komen netizen :

” Semoga sihat dan bahagia buat Datuk berdua hingga ke Jannah Aamiin Aamiin Ya Robbal A’lamiin.. “

” Happy birthdayyyy Dato Ct yang cantikkkk dann ibu afiyah.. “

” Happy Birthday Malaysian sweetheart Dato Siti Nurhaliza.. “

” Selamat Ulang Tahun TokTi.. “

” Happy birthday Dato’ Ct. May Allah bless you always.. “

” Happy Birthday Dato’ Ct, may you always in Allah love and care.. “

Antara gambar-gambar lain di majlis sambutan di bawah :

Cantik berseri wajah Dato Siti Nurhaliza walaupun usianya sudahpun 41 tahun. Tetap sama seperti dahulu yang sentiasa manis dan suka melemparkan senyuman. Kesayangan pujaan hati seluruh rakyat Malaysia. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir yang ke 41 buat Dato Siti dan semoga perjalanan kehidupan semakin membahagiakan di masa hadapan bersama suami dan anak tersayang.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..