” Part nak terbersin, sempat gelak.. “

Video Siti Aafiyah Nyanyikan Lagu Selamat Hari Jadi Buat Dato’ Siti Nurhaliza Namun Reaksi Mukanya Tak Jadi Bersin Buat Netizen Terhibur. Kenapa Comel Sangat Ni Aafiyah !!!

Nama Siti Aafiyah Khalid bukanlah nama asing. Anak kepada pasangan popular, Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Jiwa sememangnya antara anak artis yang terkenal di Malaysia. Semenjak kelahirannya lagi, nama Aafiyah seakan-akan sudah melekat di hati peminat.

Aafiyah yang membawa maksud pelindungan dari Allah ini diilhamkan namanya ketika pasangan ini berada di tanah suci Mekah. Mengambil keberkatan disebalik nama ini yang sering diungkapkan di dalam doa, pasangan ini memutuskan nama Siti Aafiyah untuk cahayamata pertama mereka ini.

Aafiyah kini sudahpun berusia 2 tahun dan membesar menjadi kesayangan semua orang. Memiliki wajah yang comel diwarisi dari ibunya, Aafiyah juga dilihat suka menyanyi dan menari. Mulutnya juga petah berkata-kata dan sudah pandai mengajuk cara percakapan orang-orang di sekelilingnya.

Menerusi akaun Instagram aafiyahkhalid, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aafiyah menyanyikan lagu selamat hari jadi buat ibunya, Dato’ Siti Nurhaliza. Suara comelnya jelas kedengaran namun melucukan bila Aafiyah terhenti kerana hendak bersin namun tidak jadi. Comel betul muka tak jadi tu.

Jom tonton video di bawah :

” Happy birthday ibu.. “ ã…¤

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah Aafiyah itu. Antara komen-komen netizen :

” Tak jadi nak bersin… Gelak pulak… Ger4mm.. “

” Sebijik muka macam muka ibu dia tokti… Cantik dan comel… “

” Comelnya aafiyah.. “

” Happy birthday Tok Ti semoga sihat dan dilimpahkan rezeki.. “

” “Khalid” betul. Sangat sebutan tuu.. “

” Kiut je banyak keletah.. “

” Part nak terbersin.. Sempat gelak.. “

Sedap suara Aafiyah ni. Tak mustahil boleh jadi penyanyi tersohor seperti Dato Siti suatu hari nanti. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir buat Dato Siti Nurhaliza dan semoga Allah kurniakan segala kebahagiaan dan umur yang panjang.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyahkhalid by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..