” Happy, Aafiyah happy.. ” 

Aksi Aafiyah Anak Dato Siti Nurhaliza Di Pangkuan Ibunya Buat Peminat Terhibur. Amboiii.. Teruja Sungguh Aafiyah, Cerdik Betul !!

Siapa tidak kenal penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Namanya tersohor bukan sahaja di Malaysia malahan menul4r hingga ke negara jiran, Singapura dan Indonesia. Dato Siti yang mempunyai berjuta peminat amat disenangi kerana sikapnya yang ramah dan mesra tanpa mengira siapa.

Dato’ Siti telahpun mendirikan rumahtangga bersama Datuk Seri Khalid Jiwa pada 12 tahun yang lalu. Ikatan ini memberikan Dato’ Siti seorang cahayamata yang dinamakan Siti Aafiyah. Aafiyah yang dinanti-nantikan dan menjadi pujaan hati bukan sahaja Dato Siti dan Datuk Khalid , malahan di kalangan peminat juga.

Seperti kebiasaannya, Dato’ Siti sering membawa Aafiyah walau kemana sahaja termasuklah semasa beliau menjayakan konsert ataupun majlis-majlis istimewa. Maka tidak hairanlah di mana ada kelibat Dato Siti maka akan ada Aafiyah di situ. Namun ada masanya Aafiyah tidak dibawa bersama.

Menerusi akaun Instagram ctdk.austria, telah dimuatnaik satu video di mana Dato Siti Nurhaliza sedang mendukung anaknya Aafiyah sambil bertanyakan sesuatu. Gelagat Aafiyah yang gembira dengan ketawa manjanya itu buat peminat jat0h hati. Manisnya Aafiyah !

Jom tonton video di bawah :

” Aafiyah, are you ready for #KaryaAgungPakNgah2020 ? #SheClearlySaidYes.. “

” Happy, Aafiyah happy.. ” 

Rata-rata netizen terhibur melihat telatah Aafiyah. Antara komen-komen netizen :

” Cantik.. “

” Suara mak dia tu yang saya suka dengar… “

” Dia suka tengok mak dia cantik sangat.. “

” Aafiyah so excited.. “

Suka betul Aafiyah bila bersama Dato Siti. Dah macam adik dan kakak nampaknya. Kedua-duanya sama cantik sama manis. Senyuman yang mampu mencairkan hati semua orang. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat berjaya kepada Dato Siti dan diberi kemudahan dan kesenangan sepanjang konsert Karya Agung Pak Ngah 2020 ini. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk.austria by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..