” Ni macam gaya opah Upin Ipin. Hahahahha.. “

Paknil Buat Hal Lagi. Mimik Muka Siapalah Yang Dit1runya Itu. Serius Lawak !!

Siapa tidak kenal pengacara terkenal Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Paknil. Jika disebut rancangan kanak-kanak Tom Tom Bak, wajah ceria awet muda ini sememangnya melekat di kepala peminat. Bukan sahaja golongan dewasa malah kanak-kanak juga mengenali Paknil.

Paknil yang lebih tertumpu kepada bidang pengacaraan ini suatu masa dahulu pernah muncul sebagai hos di rancangan realiti Akademi Fantasia. Bermula program itu sejak 2002 hinggalah membawa ke musim kelima pada 2007, Paknil mengumumkan untuk mengundurkan diri.

Esak tangis mengiringi perpisahan antara Paknil dan peserta Akademi Fantasia kerana betapa sayang dan eratnya hubungan sesama mereka. Oleh kerana hebat dan kreatifnya Paknil mengacarakan program hingga boleh menarik ramai penonton, namanya disebut-sebut bakal menggantikan hos MeleTop, Neelofa.

Menerusi akaun Instagram, Paknil telah memuatnaik satu video di mana mukanya di edit memakai hijab sebagaimana gaya Neelofa. Kapsyennya yang mencuit hati membuatkan peminat terhibur. Gaya dah ada, nama pun macam kena sahaja dengan hashtag Nil-Lofa tu.

Jom tengok video di bawah :

” Kuat sangat khabar angin #paknil ganti Neelofa di Melet0p niiii…. #NIL-LOFA.. “

Rata-rata peminat terhibur melihat aksi Paknil itu. Antara komen-komen peminat :

” Haaa ok tu pakai serkup mak esah pun.. “

” Hey… Terkej0t saya… Hahaha… Lucu… “

” Vogue aaaa paknil.. “

” Cantik paknil. Melet0pt0p!! Hahaha.. “

” Comelnya ya ampun pak nil.. “

” Pak Nil macam Kak Wann !!.. “

” Dah kenapa la paknillll.. You made my day.. “

” Anak aq tengok pak nil ne dia kata “kakak”.. “

” Ni macam gaya opah upin ipin.. hahahahha.. “

Kelakar betul jenaka Paknil kali ni. Walaupun hanya sekadar gurauan, sudah cukup membuat peminat terhibur. Andai betul Paknil menggantikan Neelofa, apa salahnya. Lagi gamat rasanya program Meletop. Kami di Berita Kopak mendoakan moga Paknil akan terus menghiburkan hati peminat walaupun hanya di laman sosial.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Aznil Hj Nawawi by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..